Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 December, 2009

Sertai lima pertandingan sempena Hari Terbuka RTM 11 - 13 Disember ini!

SRI AMAN, Selasa (8 Dis) – Penduduk Sri Aman dipelawa untuk menyertai lima buah pertandingan yang akan diadakan pada Hari Terbuka Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersempena dengan sambutan Hari Q (Kualiti) RTM Sri Aman bermula 11 hingga 13 Disember ini nanti.

Lima buah pertandingan tersebut adalah Pertandingan Bintang Kecil, Pertandingan Bintang RaSA, Pertandingan Bintang Klasik, Pertandingan Bertandak Berpasangan dan Pertandingan Shuffle.

Bagi Pertandingan Bintang Kecil, penduduk berumur antara 6 hingga 12 tahun dipelawa untuk bertanding dalam tiga kategori kaum iaitu Melayu, Iban serta Cina dengan yuran penyertaan berjumlah RM5 seorang.

Manakala itu dengan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM10, penduduk berumur 13 tahun ke atas pula dipelawa untuk menyertai tiga kategori lagu menerusi Pertandingan Bintang RaSA iaitu Kategori Bahasa Melayu, Bahasa Iban dan Bahasa Mandarin.

Pertandingan Bintang Klasik dan Pertandingan Bertandak Berpasangan masing-masing dibuka kepada peserta berumur 13 tahun ke atas dengan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM10. Bertandak Berpasangan ini dibuka kepada dua kategori iaitu Kategori Lelakid an Wanita.

Sementara itu pertandingan tumpuan iaitu Shuffle juga dibuka penyertaannya kepada penduduk berumur 13 tahun ke atas. Dengan yuran penyertaan berjumlah RM15 untuk satu kumpulan, pertandingan ini hanya menghadkan penyertaan sejumlah lapan orang anggota bagi satu kumpulan.

Tarikh tutup penyertaan bagi kelima-lima pertandingan yang akan berlangsung di RTM Sri Aman ini ialah pada 10 Disember kelak dan mereka yang berminat bolehlah mendapatkan borang penyertaan di RTM Sri Aman.

Sebarang penyertaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Dayang Norliza (Perkhidmatan Melayu), Kong Nai Hing (Perkhidmatan Cina) dan Rolana Gilbert (Perkhidmatan Iban) menerusi talian telefon 083-321121.


Tamat.

No comments:

Post a Comment