Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 December, 2009

Rayong agih RM192K kepada 54 penerima dalam DUN Engkilili


Caption: UNTUK ALBUM...Rayong (hadapan dua kiri) bergambar kenangan bersama penerima cek MRP di sini hari ini.

ENGKILILI, Sabtu (5 Dis) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong anak Ngipa telah menyampaikan cek wang Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi tahun 2009 yang mencatat nilai keseluruhan berjumlah RM192,000 kepada 54 penerima dari kawasan DUN beliau hari ini.

Kesemua 54 penerima terbabit terdiri daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) atau rumah panjang dan pertubuhan bukan kerajaan dalam kawasan DUN terbabit.

Peruntukan MRP bagi tahun 2009 ini telah disampaikan oleh beliau sendiri kepada kesemua 54 penerima terbabit menerusi Majlis Penyampaian Cek MRP 2009 yang berlangsung di Gerai Baru, Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) di Pekan Engkilili hari ini.

Terdahulu beliau menerusi ucapannya telah menasihatkan kesemua para penerima terbabit agar memanfaatkan peruntukan MRP ini dengan sebaik boleh dan tidak disalahguna bagi tujuan yang kurang bermanfaat.

Ini kerana menurut Rayong, peruntukan MRP ini adalah merupakan satu bantuan penting dari kerajaan negeri bagi membolehkan para rakyat mempertingkatkan tahap kemajuan masing-masing yang mencakupi bidang ekonomi dan sosial.

“Sehingga kini sejumlah RM400,000 peruntukan MRP telah diagihkan kepada JKKK dan badan bukan kerajaan dalam kawasan DUN Engkilili.

“Mereka yang menerimanya haruslah bermesyuarat bersama para rakyat atau ahlinya tentang langkah memanfaatkan peruntukan terbabit selepas ini,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan pihak yang belum lagi menerima bantuan peruntukkan MRP bagi tahun ini untuk terus bersabar dan terus cuba memohon bagi tahun akan datang.

Tamat.


No comments:

Post a Comment