Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 December, 2009

Pentadbiran Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong tampil wajah baru

BETONG, Selasa (1 Dis) – Kadir bin Kom telah dilantik menjadi pengerusi terbaru untuk menerajui Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong bagi sesi 2010 hingga 2013 menerusi mesyuarat permilihan yang berlangsung di Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong kelmarin.

Kadir, 43, telah dicadang oleh Noor Aina Haji Mohd Wasli sambil disokong oleh Wan Bohana Haji Wan Omar bagi mengantikan Haji Wan Alek Tengku Mansor yang telah memegang jawatan berkenaan bagi penggal 2006 – 2009.

Sementara itu Sepawi Adeng telah mengekalkan jawatan Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong bagi sesi 2010 hingga 2013 setelah mendapat sokongan sebulat suara daripada para ahli.

Manakala Affendi bin Abdullah telah menjadi Bendahari Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Surau Darul Taqwa Kampung Baru Hulu Betong bagi penggal tersebut setelah mendapatkan sokongan penuh daripada para ahli.

Affendi mengantikan bendaharinya bagi penggal 2006 – 2009 sebelum ini iaitu Wan Ahmad Wan Chik yang telah dilantik melepaskan jawatannya untuk memegang jawatan Ketua Kampung Baru Hulu, Betong. Rahmat Abeng pula dilantik untuk memegang jawatan Audit Dalaman.

10 orang AJK yang dilantik dalam jawatankuasa tersebut adalah Noor Aina Haji Mohd Wasli, Wan Bujang Haji Wan Omar, Spawi Abdullah, Arma Haji Abdul Rahman, Rosdi Mohd Sammy, Wan Hamid Haji Wan Soot, Haji Zeman Haji Tarit, Abang Kamarul Azlan Haji Abang Aeng, Junaidah bin Haji Mahmod dan Hadiah binti Manan.

Terdahulu bekas pengerusi, Haji Wan Alek Tengku Mansor mahu barisan muda jawatankuasa pengurusan surau tersebut untuk menerajui segala urusan dan pentadbiran surau dari aspek kepimpinan, pendidikan, sosial dan pelbagai lagi.

Beliau menasihatkan golongan muda ini untuk terus bersikap positif dalam mentadbir dan menguruskan hal ehwal surau setelah dilantik menjadi jawatankuasa berkenaan.

“Setiap keputusan yang dibuat hendaklah mendapat persetujuan para ahli terlebih dahulu dan jangan malu bertanya kepada orang tua sekiranya tidak tahu tentang sesuatu,” menurut beliau.

“Kita mahu dalam kerancakan pembangunan sekarang semua ahli haruslah mendekatkan diri masing-masing dengan aktiviti agama supaya mereka tidak lalai dengan segala yang tidak berfaedah diluar sana,” menurut beliau.

Mesyuarat pemilihan AJK baru surau berkenaan turut diserikan dengan bacaan doa awal dan akhir tahun pada sebelah malam akhir tahun serta ceramah agama.

Tamat.

No comments:

Post a Comment