Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 December, 2009

KEMAS Saratok anjur kursus sembelih


Caption: BEGINI....Para peserta sedang menyaksikan demonstrasi teknik penyembelihan yang betul oleh Ustaz Iswandy ketika berlangsungnya kursus baru-baru ini.


KABONG, Jumaat (11 Dis) - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Saratok telah menganjurkan Kursus Penyembelihan bertempat di Masjid Besar Kabong dekat sini baru-baru ini.


Kursus itu melibatkan para peserta dari beberapa buah kampung dalam daerah kecil Kabong, para pegawai masjid, ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari kampung berdekatan.


Kursus dibawah kelolaan Unit Bina Insan Jabatan KEMAS ini antara lainnya bertujuan untuk mengetengahkan beberapa perkara tentang hukum halal dan haramnya dalam melakukan penyembelihan ternakan.


Malahan para paserta menerusi kursus itu juga turut diberi ceramah lisan disamping latihan secara praktikal mengenai teknik atau langkah betul bagi melakukan penyembelihan binatang ternakan.


Dengan adanya kursus ini para peserta sekaligus dapat mendalami hukum halal dan haram ketika melakukan penyembelihan disamping mengenalpasti makanan yang halal atau haram dari segi hukum syaraknya.


Antara penceramah yang diundang untuk menjayakan program ini ialah Ustaz Ismail Makruf dan Ustaz Iswandy dari Unit Bina Insan KEMAS Negeri Sarawak. Terdahulu, majlis penutupan rasmi program berkenaan telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Kabong, Nazari Haji Bujang.


Hadir sama ialah Ustaz Sani Mentaril selaku Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Saratok.. Sebanyak 20 ekor ayam dan dua ekor kambing telah dikorbankan dalam program tersebut.


Tamat....


No comments:

Post a Comment