Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 December, 2009

BN berpengalaman tadbir negeri - Harden


Caption: TANDA INGATAN...Susannah (tiga kiri) sedang menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Harden (tiga kanan) sambil oleh tetamu yang lain ketika berlangsungnya majlis berkenaan kelmarin.


SRI AMAN, Rabu (2 Dis) – Barisan Nasional (BN) mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir dan melaksanakan projek pembangunan di negeri ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.


Ini kerana BN katanya telah mentadbir negeri ini semenjak 30 tahun yang lalu dan ia terbukti dengan pencapaian Sarawak sebagai negeri ke-3 terbaik dari segi pembangunan dalam Malaysia sebelumnya.


“Dengan kata lain pencapaian pihak pembangkang dalam membangunkan negeri ini tidak masih belum dapat menandingi pihak BN sekiranya mereka berjaya mengambilalih tampuk pemerintah kerajaan negeri.


“BN berkemampuan kerana kita sudah mempunyai pengalaman dan sistemnya yang tersendiri dalam melaksana usaha ini. Justeru saya berharap agar rakyat tidak berhasrat untuk menukar kerajaan yang sedia selepas ini, “ menurut beliau.


Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Mesra Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen 202 Sri Aman bertempat di Rumah Jerry Lai, Kampung Siga Undop, Sri Aman kelmarin.


Selain itu kerajaan katanya juga tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk melaksanakan projek pembangunan dalam negeri ini sekiranya rakyat terus berdiri teguh di belakang mereka.


Ini kerana sokongan padu rakyat menurut Harden akan membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan tanpa menghadapi tentangan daripada mereka.


“Ia katanya terbukti apabila Sarawak kian berubah wajah hasil daripada perlaksanaan Dasar Politik Pembangunan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib semenjak 30 tahun lalu hasil sokongan padu rakyat,” katanya.


Hadir sama ialah Pegawai Tadbir Sarawak, Pejabat Daerah Sri Aman, William Manggoi, Jurutera JKR Bahagian Sri Aman, Mehan Jorai, Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman, Badin Unol, wakil Pegawai KEMAS Daerah Sri Aman, Susannah Abdul Raup, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak Bahagian Sri Aman, Vincent Roy Muda.


Harden menerusi majlis itu telah menyampaikan cek peruntukan berjumlah RM33,000 kepada 11 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sekitar kawasan Undop.


Tamat....


No comments:

Post a Comment