Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 December, 2009

Benteras Chikungunya ! kata Piau


Caption: UNTUK ALBUM...Piau (lima kanan) bersama Jack (tengah) bergambar kenangan ketika berlangsungnya projek gotong-royong di sini kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (10 Dis) – Penyakit Deman Denggi Berdarah dan Chikungunya merupakan ancaman utama terhadap kesihatan penduduk tanpa mengira mereka yang tinggal di dalam dan luar kawasan bandar di negeri ini kata Walikota Sri Aman, Piau anak Inggot.

Beliau menyifatkan bahawa kedua-dua penyakit yang berpunca dari nyamuk Aedes ini sebagai ancaman utama terhadap kesihatan penduduk memandangkan belum terdapat sebarang vaksin bagi menyembuhkan penyakit berkenaan sehingga masa sekarang.

“Sehingga sekarang tidak ramai penduduk terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar menyedari akan bahaya akibat Penyakit Deman Denggi Berdarah dan Chikungunya yang berpunca dari nyamuk Aedes.

“Tahap kesedaran penduduk luar bandar khususnya terhadap risiko bahaya penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes ini ialah apabila terdapat sebilangan penduduk yang tidak mengutamakan tahap kebersihan rumah masing-masing,” katanya.
Piau berkata demikian ketika berlangsungnya Kempen Anti Denggi / Chikungunya dan Kebersihan Kawasan 2009 anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) bertempat di Mini Stadium, Sri Aman petang kelmarin.

Kata beliau, kewujudan sampah sarap terutamanya yang berpotensi menakung air di sekeliling rumah penduduk sememangnya menjadi sasaran utama nyamuk Aedes untuk membiak dan seterusnya menyebarkan penyakit berkenaan terhadap mangsanya.

Justeru kata Piau penduduk perlulah lebih berwaspada terhadap tahap kebersihan di sekeliling kawasan rumah masing-masing dan melaksanakan kerja gotong-royong bersama penduduk yang lain untuk membendung pembiakan nyamuk berkenaan.

“Buang atau bakar segala sampah sarap yang berpotensi untuk menakung air seperti tin kosong, tayar terbuang, plastik dan sebagainya demi mengelakkan ia menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.

“Langkah mencegah lebih daripada mengubat. Saya minta semua penduduk di kawasan rumah panjang supaya lebih rajin untuk mendapatkan maklumat berhubung langkah pencegahan penyakit tersebut dari media cetak dan elektronik,” katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha MDSA, Jack Aman Luat, Kanselor Mas Shamshiah Haji Maslem dan para kakitangan MDSA.


Majlis terbabit diserikan lagi dengan upacara penyampaian tong sampah, makan tengahari, penanaman pokok bunga dan gotong-royong beramai-ramai di kawasan bangunan mini stadium tersebut.

Tamat.


No comments:

Post a Comment