Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 December, 2009

250 attend kursus keusahawanan


Caption: CERIA...Para peserta sedang memberi perhatian ketika berlangsungnya seminar tersebut hari ini.
 
SRI AMAN, Khamis (3 Dis)  - Seramai 250 orang penduduk dari sekitar Sri Aman menyertai Seminar Keusahawanan yang bermula pada jam 8 pagi hari ini di Dewan Suarah Sri Aman.
 
Seminar anjuran Majlis Pembangunan Usahawan Bahagian (MPUB) Sri Aman dan MARA Sarawak itu melibatkan para peserta yang terdiri daripada para usahawan, pelatih Giat MARA, para ketua kaum dan penduduk dari kawasan luar bandar dalam daerah ini.
 
Enam ceramah telah disampaikan dalam seminar ini antaranya ialah Peluang Perniagaan Dalam Pertanian dan Industri Asas Tani, Peranan Pejabat Daerah Dalam Membantu Usahawan di Sri Aman, Tatacara Pendaftaran dan Peranan Pusat Khidmat Kontraktor, Peluang Kredit Mikro Usahawan, Peranan Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera, Peluang di Ambang RMK-10 dan Kemudahan Pembiayaan MARA Sri Aman. 
 
Kesemua ceramah ini disampaikan oleh Jabatan Pertanian Sarawak, Pusat Perkhidmatan Kontraktor (PKK), Agro Bank Sri Aman, Majlis Pembangunan Usahawan Bahagian dan MARA Sri Aman. 
 
Pengerusi MPUB Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan ketika ditemui menjelaskan bahawa seminar ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan berkongsi pengetahuan mengenai perancangan rapi kerajaan terhadap peluang dan cabaran yang bakal dihadapi oleh usahawan Bahagian Sri Aman menjelang Rancangan Malaysia (RMK) Ke-10.
 
“Seminar ini bakal mendedahkan golongan usahawan baru terhadap perancangan bidang perniagaan yang diminati dan maklumat tentang sokongan institusi yang sedia ada dengan tujuan untuk melonjakkan keupayaan mereka di tempoh perlaksanaan akan datang,” menurut beliau.
 
Beliau yang juga Timbalan Residen Sri Aman menjelaskan bahawa konsep seminar ini nanti akan tertumpu kepada teras pembangunan Bahagian Sri Aman khususnya di dalam bidang pertanian dan pelancongan semulajadi selain daripada bidang-bidang sokongan yang lain.
 
Ini kerana kerajaan menurut Desmond dijangka mempergiatkan sektor pertanian menerusi RMK-10 setelah memperkenalkan konsep 'Pertanian Baharu' menerusi RMK-9 yang menzahirkan misi pertanian sebagai perniagaan yang menekankan aspek perkembangan pertanian berskala besar secara komersial.
 
“Malahan konsep 'Pertanian Baharu' itu juga menzahirkan misi pertanian sebagai perniagaan berkualiti tinggi dengan pemprosesan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi serta bioteknologi,” katanya.
 
Hadir sama di sesi seminar berkenaan, Pegawai MARA Daerah Sri Aman, Wan Ismail Wan Sunusi.Terdahulu dari itu, majlis penutupan rasmi seminar ini telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshudin Abang Seruji.
 
Tamat....
 

No comments:

Post a Comment