Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 December, 2009

108 hadiri seminar PGK di Sabah


Caption: UNTUK ALBUM...Dr Zaleha (duduk tengah) sedang bergambar kenangan bersama para peserta ketika berakhirnya seminar terbabit di Sabah baru-baru ini.

SRI AMAN, Isnin (8 Dis) – Sejumlah 108 orang peserta menghadiri Seminar Pusat Kegiatan Guru bagi Zon Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Hotel Tang Dinasty Park, Kota Kinabalu, Sabah bermula 1 hingga 4 Disember lalu.

Menurut kenyataan berita yang diterima, kesemua 108 peserta terbabit terdiri daripada Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan (Pusat Kegiatan Guru) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dari ketiga-tiga buah negeri berkenaan.

Seminar itu menurut kenyataan terbabit bertujuan untuk membincangkan segala isu dan cabaran yang berlaku di Pusat Kegiatan Guru (PGK) dan Bahagian Teknologi Pendidikan sebelum ini.

“Menerusi seminar ini para peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan baru tentang aspek pengurusan dan penggunaan pusat sumber di sekolah demi memantapkan lagi proses pembelajaran murid di masa akan datang.

“Malahan ia juga bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu pengurusan dan penggunaan pusat sumber dikalangan para peserta kursus ini disamping menekankan lagi Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) dikalangan murid sekolah,” menurut kenyataan terbabit.

Selain itu seminar itu katanya bertujuan untuk menambahkan aktiviti program Gerakan Tabiat Membaca dikalangan orang ramai khususnya para murid.

Bagi menjayakan seminar ini penceramah dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri iaitu Ruzana Tukimin, Mokthar Wahid, Rusmawati Hussin, Azmy Ahmad, Romayne Boniface Nugi dan Munawwar Ismail telah dijemput bagi menyampaikan ceramah pada seminar itu.

“Paling penting ialah para peserta dapat memanfaatkan segala pengetahuan baru aspek pengurusan dan penggunaan pusat sumber di sekolah demi memantapkan lagi proses pembelajaran murid di masa akan datang,” katanya.

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia iaitu Datin Dr Siti Zaleha binti Abdullah Sani telah dijemput untuk merasmi dan seterusnya menyampaikan ucaptama pada majlis penutupan seminar berkenaan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment