Caption: SELESAI...Harden (enam kiri) ketika bergambar kenangan bersama Uggah (kanan) beliau, para pegawai dan ketua kaum sebaik sahaja selesai sesi lawatan ke tapak projek pembinaan Hospital Sri Aman yang baru di Kejatau, hari ini.
SRI AMAN, Isnin (8 Ogos) – Proses pembinaan Hospital Bahagian Sri Aman yang baru perlu dihebahkan oleh penjawat awam di sini kepada ketua kaum agar perkembangannya dapat diketahui oleh rakyat selepas ini.
Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis terdapat segelintir penjawat awam yang tahu mengenai proses pembinaan hospital terbabit namun gagal menyebarkannya kepada ketua kaum bagi tujuan itu.
“Ada di antara mereka (penjawat awam) yang tahu tapi buat tidak tahu. Perkara ini amat mengecewakan kerajaan sehingga perkara ini dijadikan isu oleh pihak pembangkang yang melabelkan kita sebagai pembohong,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang berkata demikian ketika berlangsung persidangan media bilik mesyuarat Hospitall Bahagian Sri Aman hari ini.
Katanya rakyat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) perlu mengetahui perkembangan terkini mengenai proses pembinaan Hospital Bahagian Sri Aman agar ia tidak lagi menjadi isu pada pilihan raya parlimen akan datang.
“Proses pembinaan Hospital Bahagian Sri Aman sudah pun melalui prosedur tertentu. Ia akan dibina setelah tender mula dibuka pada bulan September kelak,” jelas beliau sambil menambah dua orang doktor pakar sudah pun ditempatkan di Hospital Bahagian Sri Aman hari ini.
Justeru Harden berharap agar para penjawat awam memainkan peranan mereka untuk menerangkan perkembangan terkini mengenai projek pembinaan hospital berkenaan terhadap rakyat dengan lebih efektif selepas ini.
Terdahulu Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas telah melakukan lawatan ke tapak projek pembinaan Hospital Bahagian Sri Aman yang baru pada jam 10.30 pagi hari ini.
Hospital Bahagian Sri Aman yang baru ini akan dibina di atas tanah berkeluasan 51 ekar di Lot 2827, Undop Land, Sri Aman dengan kos ambil balik tanah yang bernilai RM7.13 juta.
Hospital bernilai RM200 juta yang akan dilaksana menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 itu nanti juga akan mengambil masa pembinaan selama 24 bulan, selewat-lewatnya awal tahun hadapan sebaik sahaja tender dibuka pada bulan September ini.
Hadir sama ialah Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Zulkifli Jantan, Residen Sri Aman, Jonathan Lugoh, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat, Pengarah Hospital Sri Aman, Dr Hayati Jaafar, para pegawai kerajaan dan ketua kaum di sini.
Tamat.
No comments:
Post a Comment