Caption: CERIA...Antara para pelatih PLKN Bukit Saban yang menghadiri Program Hari Kesukarelawan PLKN di sini baru-baru ini.
BETONG, Khamis (4 Ogos) – Seramai 290 orang Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah menghadiri Program Hari Kesukarelawan PLKN yang berlangsung di Kem PLKN Bukit Saban, Betong baru-baru ini.
Jurucakap penganjur memberitahu tujuan program terbabit adalah untuk mendedahkan peranan dan sumbangan pasukan sukarela dalam kebajikan masyarakat dari masa ke semasa.
“Untuk menjayakan Program Hari Kesukarelawan PLKN, unit Briged Kebajikan Perdana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong telah turun padang untuk menyampaikan ceramah kepada para pelatih mengenai perkara itu.
“Program Hari Kesukarelawan PLKN di Bukit Saban, Betong ini juga turut dijayakan dengan aktiviti ceramah yang disampaikan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Bahagian Betong,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa Program Hari Kesukarelawan PLKN ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan kesedaran dikalangan golongan remaja tentang kepentingan sumbangan masing-masing terhadap kebajikan hidup masyarakat.
Terdahulu JKMB Betong menerusi Abdul Shamat telah menyampaikan ceramah mengenai peranan dan faedah menyertai unit Briged Kebajikan Perdana terhadap kebajikan hidup masyarakat.
Para pelatih PLKN menerusi Program Hari Kesukarelawan PLKN ini diberitahu bahawa pihak unit Briged Kebajikan Perdana JKMB Betong akan turun padang sekiranya berlaku bencana di kawasan penempatan masyarakat.
Tamat.
No comments:
Post a Comment