Caption:
1. UNTUK ALBUM...Para pelajar PTPTL bergambar kenangan bersama APMM ketika berlangsungnya kursus terbabit.
2. SERIUS...Leftenan Nazry sedang menyampaikan taklimat kepada pelajar ketika berlangsungnya kursus itu.
SRI AMAN, Sabtu (20 Ogos) – Seramai 43 orang pelajar Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Sarawak dari Diploma Teknologi Makmal Perubatan telah menghadiri Kursus Latihan Asas Navigasi Kapal bersama Agensi Penguatkuasaan Malaysia wilayah Sarawak (APMM) di sini baru-baru ini.
Menurut kenyataan dari siaran media yang diterima hari ini, program berkenaan bertujuan untuk memberi kemahiran tambahan luar daripada bidang pengajian kepada para pelajar.
Kursus Latihan Asas Navigasi Kapal ini menurut kenyataan itu memberitahu boleh menambah ‘soft skills’ para pelajar disamping menambah nilai mereka ketika memohon pekerjaan nanti.
“Malah Kursus Latihan Asas Navigasi Kapal juga secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai salah satu agensi kerajaan yang terdapat di negara ini,” katanya.
Kursus tersebut dimulai dengan sesi pembelajaran mengenai teori asas navigasi serta ilmu kelautan oleh Leftenan Maritim iaitu Muhammad Nazry bin Zubir dan Komander Maritim Newton Julak Nangkai.
Para pelajar turut didedahkan dengan penggunaan carta untuk menentukan koordinat lokasi kapal sebelum mereka dibawa berlayar di sekitar pangkalan APMM Muara Tebas bersama dengan warga kapal KM Bijak dan KM Semilang.
Mereka menurut siaran media itu juga diberi tunjuk ajar mengenai langkah pengendalian kapal serta isyarat-isyarat yang digunakan di laut menerusi Kursus Latihan Asas Navigasi Kapal berkenaan.
“Kemahiran tambahan luar ini dapat memberi kelebihan kepada para pelajar yang merupakan salah satu elemen yang ditekankan oleh pihak Kolej PTPL selain daripada pegetahuan akademik semata-mata.
“Pihak Kolej PTPL merakamkan jutaan terima kasih kepada APMM Sarawak kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang kursus ini dijalankan,” menurut tutor pengiring pelajar terbabit iaitu Nurismi Ismaili.
Turut mengiringi para pelajar pada Kursus Latihan Asas Navigasi Kapal ini adalah pensyarah bidang Bioperubatan Kolej PTPL Sarawak iaitu Nur Hafiza Ngadenin dan Nur Azmah Mohd Anhar.
Tamat.
No comments:
Post a Comment