Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 August, 2011

Sokong calon BN demi pembangunan berterusan - Rayong


Caption: DARI BN....Rayong (kiri) menyampaikan cek kepada seorang penerima (kanan) pada majlis berkenaan.


ENGKILILI, Rabu (10 Ogos) – Rakyat harus menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya parlimen akan datang sebagai tanda terima kasih mereka terhadap kerajaan selama ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Khas Kerajaan di Kampung Melayu, Engkilili hari ini.

Katanya sumbangan kerajaan terhadap kemajuan hidup rakyat harus diberi perhatian dan wajar di’bayar’ kembali dengan memastikan kemenangan BN di kawasan masing-masing pada pilihan raya kelak.

“Lagipun kemenangan BN di kawasan mereka secara tidak langsung membuktikan bahawa rakyat mahu terus seiring sejalan dengan kerajaan untuk memajukan kawasan masing-masing.

“Justeru saya berharap agar rakyat sedar bahawa kerjasama antara rakyat dan wakil rakyat BN akan dapat memantapkan lagi proses pembangunan dalam kawasan mereka selepas itu,” katanya.

Rayong juga menyeru rakyat khasnya di kawasan Parlimen Lubok Antu untuk terus menjalinkan kerjasama terhadap kerajaan demi melicinkan lagi proses pembangunan di kawasan mereka.

Terdahulu Majlis Penyerahan Cek Bantuan Khas Kerajaan di perkarangan Kampung Melayu, Engkilili berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau Badak.

Nyalau bersama Rayong menerusi majlis berkenaan telah menyerahkan cek bantuan khas yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM21,500 kepada 43 buah keluarga dari kampung berkenaan dan juga tiga buah mesin pemproses getah untuk kegunaan mereka.

Tamat

No comments:

Post a Comment