Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 August, 2011

Sambutan Bazaar Ramadhan Sri Aman meriah
















Caption: SIBUK...Para peniaga sedang melayan kerenah pengunjung ketika berlangsungnya aktiviti Bazaar Ramadhan hari ini.

SRI AMAN, Isnin (1 Ogos) – Aktiviti Bazaar Ramadan 2011 di Sri Aman dilihat sebagai langkah praktikal untuk mengalakkan minat suka berniaga dikalangan penduduk tempatan dalam bandar ini.

Demikian menurut pendapat seorang pengunjung, Edwin Nanggah ketika ditemui menerusi tinjauan rambang hari pertama sambutan Bazaar Ramadan Sri Aman yang terletak di tapak pasar tamu lama hari ini.

Katanya aktiviti Bazaar Ramadan 2011 ni mampu menjadi platform untuk penduduk mencuba bakat niaga masing-masing disamping meraih keuntungan menerusi perniagaan masing-masing menjelang sambutan Bulan Ramadan Al-Mubarak tahun ini.

“Bazaar Ramadhan ini adalah salah satu cara bagi mendidik para peniaga kecil disini bagi menonjolkan segala produk keluaran masing-masing terhadap pelanggan dalam bandar ini.

"Dari aktiviti Bazaar Ramadhan ini pihak kita boleh melihat bahawa para peniaga berpeluang untuk memajukan rangkaian niaga masing-masing berbanding ketika mereka berniaga di kampung sebelum ini,” menurut beliau.

Selain itu Nazri Nasaruddin bersama isterinya Zilla berpendapat bahawa penganjuran Bazaar Ramadhan juga turut memberi peluang kepada penduduk berbilang kaum dalam bandar ini mengenali pelbagai produk keluaran tempatan dengan lebih dekat.

“Pelanggan menerusi Bazaar Ramadhan ini boleh mendapatkan pelbagai jenis produk makanan tradisional yang ditawarkan oleh peniaga dalam bazaar itu.

“Produk makanan tradisional amat jarang ditemui pada hari biasa. Justeru saya berharap agar orang ramai dalam bandar ini tidak melepaskan peluang masing-masing untuk mengunjungi aktiviti Bazaar Ramadhan selepas ini,” katanya.

Terdahulu sebanyak 75 buah lot gerai telah memulakan operasi menjual juadah makanan dan minuman menerusi aktiviti Bazaar Ramadan di tapak pasar tamu lama Sri Aman bermula hari ini.

Tinjauan rambang mendapati bahawa aktiviti Bazaar Ramadhan kali ini menampilkan lebih banyak produk makanan serta minuman yang menarik berbanding sambutan Bazaar Ramadhan pada tahun lepas.

Antara juadah yang boleh didapati menerusi aktiviti itu adalah ayam percik, ayam panggang, roti canai, mee, kuih tradisional, air tebu, air ABC, lauk-pauk, nasi goreng dan banyak lagi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment