Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 August, 2011

RM41,000 diagih kepada 41 masjid dan surau di Sri Aman


Caption: TERIMALAH...Shamshuddin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Surau Darul Solihin, IPD Sri Aman iaitu Sarjan Hassan (kanan) ketika berlangsungnya majlis itu.


SRI AMAN, Isnin (15 Ogos) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada masjid dan surau bagi Bahagian Sri Aman bertempat di Masjid Bandar Sri Aman baru-baru ini.

Siaran akhbar hari ini memberitahu seramai 41 orang wakil jawatankuasa masjid dan surau dari sekitar Bahagian Sri Aman telah menerima sumbangan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM41,000.

Upacara penyerahan sumbangan kepada majis dan surau di Masjid Bandar Sri Aman itu telah pun dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak iaitu Abang Shamshuddin Abang Seruji.

“Sumbangan ini bertujuan untuk menampung keperluan kewangan pihak masjid dan surau dalam Bahagian Sri Aman dalam membiayai penganjuran pelbagai aktiviti sepanjang sambutan Bulan Ramadhan ini,” kata kenyataan akhbar tersebut.

Menurut kenyataan itu, TBS sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Islam Sarawak dalam pengurusan zakat di negeri ini telah pun mengagihkan bantuan sebanyak RM13.4 juta menerusi tiga program utama sehingga 31 Julai lepas.

Tiga program terbabit katanya adalah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMIK), Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) dan Program Membangunkan Institusi Islam (PMII).

“Menerusi ketiga-tiga program maka pihak TBS berharap agar usaha pembangunan kebajikan umat Islam akan dapat diperhebatkan lagi pada masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment