Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 August, 2011

Projek pembinaan semula Kubu Alice dijangka bermula pada akhir tahun ini - Mong


Caption: BINA SEMULA...Mong (tujuh kiri) bergambar kenangan bersama Jonathan (kiri), Rahman (kanan) dan pegawai kerajaan yang lain ketika sesi lawatan terbabit.


SRI AMAN, Khamis (4 Ogos) – Projek pembinaan dan pengubahsuaian semula Kubu Alice, Sri Aman dijangka akan bermula selewat-lewatnya pada akhir tahun ini kata Menteri Muda Pelancongan dan Warisan, Mong Dagang.

Dengan peruntukan bernilai RM5 juta daripada Kerajaan Negeri, projek pembinaan semula Kubu Alice akan dimulakan sebaik sahaja kerja penghasilan pelan rekabentuk kubu terbabit siap selepas ini.

“Kerajaan akan memastikan Kubu Alice terbabit dibina semula mengikut rekabentuk asalnya sebelum ini menerusi syarikat Perunding JFN,” katanya ketika ditemui pemberita setelah melawat kawasan Kubu Alice, Sri Aman hari ini.

Selain itu Kubu Alice kata Mong akan diubahsuai menjadi sebuah museum menerusi projek pembinaan semula yang dilaksana di bawah Pelan Rancangan Malaysia Ke-10 itu nanti.

Kubu Alice jelas beliau akan menjadi pusat lawatan pengunjung yang ingin menyaksikan budaya penduduk dan sejarah Sri Aman termasuk kisah mengenai perjanjian damai antara Kerajaan Negeri dan Parti Komunis Kalimantan Utara (PARAKU) pada tahun 1973 dahulu.

“Malah kerajaan juga akan mewujudkan sebuah kedai cenderahati yang menjual pelbagai produk kraftangan penduduk di dalam Kubu Alice terbabit sebaik sahaja projek itu dilaksanakan,” katanya.

Mong ketika bercakap kepada pemberita juga turut menasihatkan penduduk agar tidak membuang barangan antik masing-masing memandangkan ia boleh didermakan kepada pihak Museum Sarawak.

Nama penderma barangan antik terbabit menurut beliau akan ditulis pada barang mereka sendiri sebelum ia dipamerkan di dalam museum bagi tujuan tatapan para pengunjung selepas ini.

Turut sama dalam sesi lawatan berkenaan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Dan Warisan, Datu Ik Pahon Jagik, Pengarah Museum Sarawak, Ipoi Datang, Residen Sri Aman, Jonathan Lugoh, Residen Bahagian Kuching, Abdul Rahman Sebli Sanusi dan pegawai kerajaan yang lain.

Tamat.

1 comment:

  1. hi,,,saya tertarik dengan tajuk ini dan kebetulan saya membuat research mengenai pemuliharaan semula bangunan bersejarah kubu alice...saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai projek ini terutamanya mengenai pihak yang akan terlibat dalam menjayakannya....

    ReplyDelete