Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 August, 2011

Program Berbuka Puasa Prosboc Sarawak di Sibu pada 6 Ogos ini


Caption: UNTUK ALBUM...Nizam (kanan sekali) bergambar kenangan bersama ahli Prosboc Zon Sarawak dari kawasan Sri Aman, Sibu dan Kuching ketika berkunjung ke Bandar Sri Aman.


SRI AMAN, Rabu (3 Ogos) – Kelab Pemilik Proton Saga BML atau Prosboc Zon Sarawak akan mengadakan Program Berbuka Puasa Dan Sahur atau Sungke Sahur Prosboc Sarawak bertempat di Sibu pada 6 dan 7 Ogos ini nanti.

Jurucakapnya memberitahu program terbabit akan dihadiri oleh ahli Prosboc dari seluruh negeri Sarawak dan pelbagai aktiviti telah pun dirancang bagi menyerikan lagi perjalanan program berkenaan.

Antara aktiviti terbabit adalah Konvoi Berkereta Ke Sibu, Jalan-Jalan Seluruh Bandar Sibu, Kunjungan Ke Bazaar Ramadhan Sibu, Menunaikan Solat Terawih Di Masjid Sibu, Talk & Tour (TT) Di Esplaned Sibu, Perjumpaan Bersama Kelab Permotoran Lain Di Sibu, Melawat Tempat Perlancongan Di Sibu serta Sesi perkenalan Ahli Lama Dan Baru.

Selain itu Program Berbuka Puasa Dan Sahur anjuran Prosboc Zon Sarawak ini katanya juga akan disertai oleh ahli yang bukan beragama Islam dalam menyahut seruan 1 Malaysia dalam negara ini.


”Atas sebab ini Prosboc Zon Sarawak mempelawa kepada semua pemilik Proton Saga BLM, S.E, FL dan FLX dari sekitar kawasan bandar Sibu untuk turu sama memeriahkan majlis ini nanti,” katanya.


Pihaknya menerusi program ini juga bakal mengadakan Mesyuarat Zon Prosboc Sarawak bagi membincangkan program berkaitan seperti Konvoi Jelajah Aidilfitri 2011, Sambutan Hari Raya 2011 di Sri Aman, Perkampungan Prosboc November 2011 dan Annual General Meeting Disember 2011 di Proton (COE) Shah Alam, Selangor.


Sementara itu Prosboc Zon Sarawak turut mempelawa semua pemilik Proton Saga BLM, SE, FL Dan FLX untuk menyertai Persahabatan Erat Komuniti BLM Malaysia yang terdapat di 22 buah zon dalam seluruh negara.

Justeru mereka yang berminat boleh menghubungi Nizam (Ketua Zon Sarawak) 019-3978187, Zon Kuching, Ejal (013-8011700), Zon Kota Samarahan, Shahruddin (016-8875386) ,Zon Serian, Abang Azmil (014-8858729), Zon Kabong / Sarikei, Faizal (014-8926817), Zon Sibu, Hajar Aswati (012-8598681), Zon Sibu Jaya / Bintulu, Noorfazly (013-8139804), Zon Mukah, Nordin (019-8065557), Zon Bintulu / Miri, Shaiful (012-355974), Zon Limbang, Norahimah (019-8357627) atau menghubungi terus Setiausaha Prosboc Sarawak, Aina Reduan di talian 013-8479117.

“Mereka boleh melawat ke laman sesawang kami iaitu www.prosboc.conm atau mengirim mail ke prosboc@gmail.com bagi tujuan itu,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment