Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 August, 2011

Penduduk Nyakai mohon jalan berturap




Caption: MOHON DITURAP...Penduduk Kampung Nyakai memohon kerajaan menurap jalan kampang yang menuju ke rumah panjang mereka selepas ini.


SRI AMAN, Khamis (18 Ogos) – Penduduk Rumah Japing Gema, Nyakai, dalam laluan Jalan Paip, Sri Aman merayu kerajaan untuk menurap jalan yang menuju ke rumah panjang mereka selepas ini.

Penduduk Nyakai ketika ditemui mendakwa mereka telah menggunakan laluan berbatu dan rosak sejauh 100 meter menuju ke rumah panjang mereka sendiri semenjak 13 tahun lepas.

Walaupun sebahagian dari laluan jalan menuju ke Kampung Nyakai sudah diturap oleh kerajaan namun penduduk di situ berkata jalan berturap yang sedia ada sekarang tampak sempit dan tidak panjang untuk kegunaan penduduk.

“Kami bersyukur dengan jalan berturap yang sedia ada sekarang namun kami merayu kerajaan agar menurap selebihnya jalan kampung yang menuju ke simpang utama Jalan Paip selepas ini.

“Tujuannya bukan untuk memberi keselesaan kepada penduduk Nyakai malah mengurangkan lagi risiko kemalangan yang pernah melibatkan pengguna motorsikal dan kereta selama ini,” kata seorang penduduk Nyakai iaitu Ugan.

Ketiadaan jalan berturap katanya sering menimbulkan risiko kemalangan kepada pengguna motorsikal dan kenderaan di situ apabila cuaca buruk menyebabkan keadaan licin di laluan berbukit menuju ke kampung mereka.

“Malah kenderaan mudah jadi rosak disebabkan jalan tidak berturap ini. Justeru kami memohon kerajaan untuk melalukan kerja menurap jalan kampung ke Rumah Japing, Nyalai selepas ini,” katanya.

Tamat.

1 comment: