Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 August, 2011

Manfaat kemudahan sukan sewajarnya


Caption: MASIH CERGAS...Morgan sedang membalas pukulan tennis ketika bersukan bersama rakannya di gelanggang tenis Sri Aman petang kelmarin.


SRI AMAN, Jumaat (19 Ogos) – Kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan sewajarnya oleh penduduk berbilang kaum dan agama dalam kawasan Sri Aman.

Ini kerana kerajaan telah memperuntukan berjuta-juta ringgit bagi membina sukan terbabit demi mempertingkatkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan penduduk dalam bandar ini.

Antara kemudahan sukan yang terdapat dalam Bandar Sri Aman ini adalah Kompleks Sukan Sri Aman, Kolam Renang KPSU, Stadium Tertutup Sri Aman, Gelanggang Tenis, Padang Hoki dan sebagainya.

“Saya adalah peminat sukan tennis. Jika ada kesempatan pada waktu petang saya akan bermain tennis dengan beberapa orang rakan di Gelanggang Tenis MAKSAK, Sri Aman,” kata Morgan Alban, 28.

Dengan sasaran untuk menurunkan berat badan pada tahun ini, beliau menjadikan tennis sebagai sukan penting untuk memastikan kecergasan tubuh badannya sentiasa kekal dan seimbang sepanjang masa.

Morgan yang pernah menyanyikan sebuah lagu bersama artis rakaman popular Iban iaitu Lakuang Ading juga berkata bersukan akan membolehkan beliau menjaga mutu suara selepas ini.

“Secara keseluruhannya saya menganggap bersukan adalah aktiviti popular penduduk Sri Aman dan buktinya ialah apabila kita melihat ramai penduduk berebut menggunakan kemudahan sukan di sini melainkan pada sambutan bulan Ramadhan,” katanya.

Seorang ‘kaki’ jogging iaitu Land Manggie, 37, pula berharap agar kemudahan sukan di Sri Aman dapat ditambah apabila semakin ramai penduduk mula minat bersenam pada masa akan datang.

“Justeru penduduk perlu menggunakan kemudahan sukan di sini sebaik mungkin bagi menghargai usaha kerajaan yang telah menggunakan jutaan ringgit bagi menaiktaraf kesihatan mereka dari masa ke semasa,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment