Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 August, 2011

Kubur berusia 149 tahun jadi sejarah di Taman Panorama Benak Sri Aman



Caption: TERTARIK...Dua orang belia sedang melawat kubur bersejarah milik mendiang Shen di Taman Panorama Benak yang telah meninggal dunia semenjak 149 tahun lepas.


SRI AMAN, Jumaat (19 Ogos) – Taman Panorama Benak sememangnya tidak asing lagi dikalangan penduduk dalam kawasan Bandar Sri Aman yang gemar bertandang ke situ untuk menyaksikan benak menyusuri Sungai Batang Lupar.

Semenjak ia siap dibina pada tahun lepas, Taman Panorama Benak telah menjadi tumpuan puluhan orang penduduk menjelang waktu lewat petang pada setiap hari sama ada untuk menyaksikan benak atau berehat di situ.

Namun disebaliknya keunikan dan fungsi tempat terbabit dikalangan penduduk tempatan mahupun pengunjung luar di sini, terletak sebuah kubur lama di Taman Panorama Benak, Sri Aman yang sudah berusia 149 tahun.

Di dalam kubur terbabit telah tersemadi mendiang Shen Dosun dari perkampungan Huamei, wilayah Chaoan, China yang telah meninggal dunia di Sri Aman pada tahun 1862 dahulu.

Menurut maklumat yang dipaparkan pada batu nisan kubur terbabit, pemilik kedai Chop Eng Kee, Sri Aman iaitu Encik Tan telah membina sebuah kubur batu untuk mendiang Shen pada pertengahan tahun 1970 bagi mengantikan pusara kayunya sebelum itu.

“Butir terperinci mengenai kubur bersejarah ini boleh didapati pada muka surat 156 dan 157 dalam buku cenderamata Pelancaran Rasmi Tokong Ciyin Ge yang telah diterbitkan pada 31 Januari 1993,” menurut kenyataan pada batu nisan tersebut.

Disebabkan keunikan kubur berkenaan, Unit Sejarah Kesatuan Cina Sarawak dengan kerjasama jawatankuasa wilayah Sri Aman kesatuan terbabit telah melakukan kajian terperinci mengenai sejarah kubur berkenaan pada 18 April 1997.

Usaha untuk memelihara dan mencantikkan kubur terbabit kemudiannya diteruskan lagi oleh Unit Kebudayaan dan Pendidikan Kesatuan Cina Sri Aman dengan kerjasama Kesatuan Benevolent Simangang pada tahun 1998.

“Keunikkan kubur mendiang Shen termasuk lain-lain kubur yang tidak ditemui dalam kawasan ini telah membuktikan kehadiran penduduk kaum Cina di Sri Aman sebelum tahun 1846 iaitu tahun terbinanya Kubu Alice Sri Aman,” katanya.

Pengunjung luar boleh melawat pusara bersejarah terbabit yang terletak bersebelahan sebuah pohon besar di bawah tempat parkir kenderaan Taman Panorama Benak Sri Aman pada masa sekarang.

Tamat.

1 comment:

  1. apoo.....bc bunyau tambi geley ngau mujap pia...

    ReplyDelete