Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 August, 2011

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan 2011 singgah di Sri Aman

Salleh, Penerangan Sri Aman : "Maclaren Mercedez sila parking ke sebelah kanan... Toyota ke sebelah kiri....Ferrari ke sebelah bawah dan Sauber Petronas ke atas langit,"

Driver : " ??????"

Facrio, Penerangan (kiri) : "Selamat datang ...hahahahahahhaha.. selamat datang....hahahahaha,"

Chif Konvoi, Helmi (kanan): "Terima kasih hahahahaha...sudah selamat datang...hahahhahahaha,"

Zaidi, Residen Opis (tengah) : "Erm?? hahahahahhaha?? ermm?? hahahahahha,"

Salleh, Penerangan : "Jangan parkir di sana sebab di sana ialah jamban....batal puasa,"

Driver: "Mari kita langgar dia sempena bulan puasa,"


Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta konvoi bergambar kenangan bersama tetamu khas dan penduduk Kampung Muhibah bersempena program terbabit kelmarin.


SRI AMAN, Khamis (4 Ogos) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan 2011 Peringkat Negeri Sarawak selamat tiba di Sri Aman setelah memulakan jelajah mereka dari Kuching petang kelmarin.

Siri jelajah konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan 2011 yang disertai seramai 25 orang kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak itu telah diketuai oleh wakil pengarahnya iaitu Helmi Hamid.

Sambil diiringi oleh pasukan unit peronda Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan 2011 terbabit tiba di Masjid Darul Asyakirin, Kampung Muhibah, Sri Aman pada jam 6.23 petang.

Ketibaan konvoi terbabit telah disambut oleh wakil Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi, Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman / Betong, Saini Bojeng, Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Fachrio Ferdian Shah dan tetamu khas yang lain.

Sebaik sahaja tiba, para peserta konvoi kembara, para tetamu khas dan penduduk Kampung Muhibah telah menunaikan solat sembahyang Isyak sebelum berbuka puasa di masjid berkenaan.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan Program Touching Point apabila seramai 15 orang anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Ajibah Abol, Sri Aman menerima sumbangan berupa hamper di masjid tersebut.

Program juga turut diserikan lagi dengan solat sembahyang tarawih sebelum bermulanya majlis simbolik penyerahan Bendera Jalur Gemilang di masjid berkenaan sekitar jam 9.30 malam.

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan 2011 terbabit kemudiannya meneruskan jelajah mereka ke Masjid Besar Saratok pada jam 9.30 pagi hari ini menerusi upacara pelepasan yang berlangsung di Pejabat Penerangan Sri Aman.

Terdahulu Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan 2011 telah bermula dari Bangunan Pejabat Penerangan Bahagian Kuching kelmarin sebelum mereka menamatkan jelajah terbabit di Pekan Weston, Sepitang Sabah pada 15 Ogos ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment