Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 August, 2011

Ketua kaum perlu bermuafakat - Jack Aman Luat


Caption: KEKALKAN MUAFAKAT...Jack menyeru ketua kaum untuk sentiasa bersatu-padu demi kebaikan pembangunan di kawasan masing-masing selepas ini.


ENGKILILI, Selasa (23 Ogos) – Ketua kaum dalam daerah Lubok Antu dinasihat agar sentiasa bermuafakat di antara satu sama yang lain selepas ini kata Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat.

Permuafakatan antara ketua kaum ini menurut beliau akan menyumbang kepada perlaksanaan projek pembangunan yang berterusan di dalam kawasam masing-masing dari ke semasa.

“Malah ketua kaum seperti Tuai Rumah, Kapitan, Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK juga perlu bermuafakat dengan kakitangan kerajaan di kawasan masing-masing jika mahu menikmati faedah pembangunan.

“Kita percaya amalan ini akan memberi keuntungan terhadap rakyat yang berada di bawah pegangan mereka,”katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Mani, Pelasok, Balai Raya Skim Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Selain itu JKKK kata Jack pula perlu memanfaatkan peranan yang ada sebaik dengan mungkin demi memastikan pentadbiran serta proses pembangunan di rumah panjang mereka bergerak dengan lebih baik selepas ini.

Prestasi JKKK selaku sebuah jawatankuasa pentadbiran peringkat rumah panjang katanya akan sentiasa dipantau oleh pihak Pejabat Daerah dari semasa ke bagi untuk memastikan ia sentiasa aktif membangunan rumah panjang masing-masing.

“Justeru saya meminta semua JKKK untuk lebih proaktif menaiktaraf hidup rakyat di kawasan masing-masing dengan merancang pelbagai aktiviti menerusi kerjasama kerajaan,” katanya.

Terdahulu majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak sambil disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa dan tetamu khas yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment