Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 August, 2011

JKM Betong turun padang selesai masalah kemarau


Caption: HATI SENANG...Penolong Pengarah JKM Bahagian Betong, Emilda Piar Anak Kunchui Uli (belakang tengah) sedang memantau proses penyaluran air kepada penduduk ketika berlangsung operasi terbabit.


BETONG, Sabtu (6 Ogos) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong telah turun padang untuk menyelesaikan masalah ketiadaan bekalan air di kalangan penduduk dalam daerah Betong dan Saratok.

Pekerja kes, JKM Bahagian Betong, Amirul Shazlie berkata ia merupakan respon pihak beliau setelah menerima aduan mengenai kejadian kemarau yang melibatkan tujuh buah kawasan di Betong dan dua buah kawasan di Saratok pada penghujung bulan Julai lalu.


”Hasil siasatan daripada pihak kami mendapati bahawa kawasan terbabit tidak didatangi hujan lebih dari empat minggu yang lepas berpandukan kepada aduan oleh ketua masyarakat dari kawasan terbabit.

“Keadaan ini telah menyebabkan mereka mengalami masalah terputus bekalan air bersih memandangkan mereka bergantung kepada sumber air hujan dan sungai untuk dijadikan sebagai air minuman dan aktiviti harian selama ini,” katanya.

Kejadian kemarau katanya juga menyebabkan air sungai di kawasan penempatan masing-masing menjadi semakin kering dan berlumpur sehingga bekalan air tidak dapat disalurkan.


Selain itu, kedudukan tempat tinggal mereka yang jauh dari bandar menyukarkan penduduk untuk memperolehi bekalan air dari kawasan lain yang mempunyai bekalan air bersih (air paip).

“Walaupun kawasan Betong telah didatangi hujan dalam minggu ini, namun sumber air tersebut tidak sesuai untuk diminum,” katanya.

Justeru pihak JKM Bahagian Betong telah mengambil tindakan segera bermula 3 Ogos lepas dengan memulakan operasi menyalurkan bantuan air bersih ke kawasan yang terlibat bagi membantu penduduk di kawasan tersebut.

“Kami berharap agar usaha terbabit akan dapat mengurangkan masalah penduduk dari sembilan buah kawasan tersebut yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan air bagi tujuan kehidupan seharian selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment