Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 August, 2011

Jawatankuasa masjid dan surau perlu pro aktif - Razi


Caption: TERIMALAH...Razi (kanan) menyampaikan cek MRP kepada penerima (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu baru-baru ini.


SARIBAS, Isnin (15 Ogos) – Jawatankuasa pengurusan masjid dan surau yang dilantik perlu lebih proaktif bagi mewujudkan suasana lebih harmoni dikalangan umat Islam dalam kawasan masing-masing selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Ricky Mohd Razi Sitam berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Berbuka Puasa Dan Tarawih di Masjid Darul Naim, Kampung Serabang, Betong baru-baru ini.

Katanya keharmonian dikalangan umat Islam amat penting bagi memperkukuhkan lagi perpaduan ummah disamping mengangkat martabat serta imej umat Islam di kaca mata penduduk lain dari masa ke semasa.

“Mereka boleh mempelbagaikan fungsi masjid atau surau untuk membolehkan umat Islam mendalami ilmu agama demi mewujudkan lagi kehormanian dikalangan mereka selepas ini.

“Justeru saya berharap agar pihak pengurusan masjid dan surau bertindak lebih proaktif dalam menjayakan usaha berkenaan demi kebaikan ummah dari masa ke semasa,” menurut beliau.

Beliau pada majlis itu juga berharap agar pihak pengurusan masjid dan surau memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan yang mereka terima daripada kerajaan atau agensi demi tujuan pembangunan umat Islam di masa akan datang.

“Pihak pengurusan perlu membawa semua ahli AJK masjid atau surau sama-sama berbincang bagi mencari langkah untuk menggunakan peruntukan yang mereka terima demi hasil lebih baik selepas itu,” katanya.

Hadir sama pada Majlis Berbuka Puasa Dan Tarawih di Masjid Darul Naim, Kampung Serabang, Betong ini ialah Penyelia KAFA Bahagian Betong iaitu Ustaz Jahari bin Bujang.

Razi menerusi majlis itu telah menyampaikan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM200,000 untuk tujuan pembinaan Masjid Baru Kampung Serabang dan RM5,000 untuk Surau Kamping Hilir Serabang, Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment