Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 August, 2011

Don't rock the boat - Pesan Mong kepada Kayveas


Mugshot : MONG DAGANG


SRI AMAN, Sabtu (6 Ogos) – Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih dianggap kuat walaupun mengalami kehilangan sejumlah 16 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya lepas.

Ia merupakan respon Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Mong Dagang ketika diminta mengulas mengenai hasrat Parti Progresif Rakyat (PPP) yang mahu melebarkan sayap parti ke sini dan seterusnya ikut bertanding di beberapa buah kerusi parlimen Sarawak pada pilihan raya akan datang.

“BN Sarawak masih menguasai dua pertiga kerusi DUN negeri. Ini saja sudah cukup untuk membuktikan bahawa BN Sarawak bukan lemah (jika mereka menganggapnya demikian) sehingga masa sekarang.

“Justeru saya meminta agar Presiden PPP iaitu Datuk M. Kayveas tidak mengeruhkan keadaan berhubung hasrat mereka yang mahu bertanding di kerusi parlimen Sarawak walaupun tanpa restu BN Pusat selepas ini,” katanya.

Terdahulu PPP sebelum ini telah menyatakan kesediaannya untuk meletakkan calon mereka atas tiket Bebas di Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang kata Kayveas.

Tegasnya, sama ada mendapat ‘lampu hijau’ atau tidak dari Barisan Nasional (BN) Negeri, parti itu tetap akan membariskan calon-calon di kawasan Parlimen terutamanya yang dimenangi pembangkang.

Kayveas dengan penuh keyakinan turut menyatakan parti yang berpangkalan di Semenanjung itu turut mempertimbang untuk mengetengahkan calon mereka pada pilihan raya negeri depan jika permintaan anggota parti dan penyokong semakin kuat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment