Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 August, 2011

Bazaar Ramadhan untuk semua kaum - Naga


Caption: MINAT... Nelson (kanan) sedang membeli Bubur Kapur di sebuah gerai yang beroperasi dalam Bazaar Ramadhan Sri Aman kelmarin.


SRI AMAN, Rabu (10 Ogos) – Sebut sahaja bulan puasa memang semua penduduk Sri Aman tanpa mengira kaum, agama dan umur menanti-nantikan saat ketibaan sambutan Bazaar Ramadhan dalam bandar ini.

Terletak di tapak lama Pasar Tamu Sri Aman (sebelah stesen bas), Bazaar Ramadhan di situ nyata telah menarik perhatian ratusan orang pengunjung berbilang kaum dan berlainan agama pada setiap hari semenjak ia mula beroperasi pada 1 Ogos lepas.

“Saya suka berkunjung ke Bazaar Ramadhan di Sri Aman pada setiap sekiranya ada kesempatan bertandang ke bandar ini,” kata kakitangan Jabatan Imigresen Lubok Antu iaitu Nelson Naga Alam.

Bekas Setiausaha Sulit kepada mendiang Datuk Dublin Unting Ingkot itu berkata Bazaar Ramadhan menawarkan pelbagai juadah makanan menarik yang amat jarang didapati pada hari biasa.

Menerusi aktiviti Bazaar Ramadhan itu, beliau berpeluang membeli Bubur Kapur, Kuih Perahu, Mee Goreng, Laksa Penang, ayam panggang, Pais Perut Ikan Pari, Ikan Terubok Panggang dan banyak lagi.

“Atas sebab ini, pengunjung Bazaar Ramadhan di sini terdiri daripada orang Iban dan Cina. Ia bukan terhadap kepada pengunjung kaum Melayu yang sedang mengamalkan ibadah puasa pada masa sekarang,” katanya.

Seorang mekanik iaitu Nasir Wan Ibrahim berpendapat bahawa Bazaar Ramadhan membuka peluang kepada para peniaga untuk mempromosi pelbagai jenis juadah tradisional di negeri ini.

“Justeru saya berharap agar kerajaan memperhebatkan lagi usaha untuk menjadikan aktiviti Bazaar Ramadhan sebagai aktiviti yang paling menarik dalam Bandar Sri Aman selepas ini,” katanya.

Terdahulu sebanyak 75 buah lot gerai telah memulakan operasi menjual juadah makanan dan minuman menerusi aktiviti Bazaar Ramadan di tapak pasar tamu lama Sri Aman bermula 1 Ogos lepas.

Tamat.

1 comment: