Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 August, 2011

Bayaran pampasan tanah akan ditetap dilakukan, jangan dengar cakap penghasut - Masir


Caption: 1 MALAYSIA !!! Masir (dua kiri), Mong (dua kanan) dan Razali (kanan sekali) ketika melaungkan 1 Malaysia bersama penerima cek pampasan pada program itu.


LINGGA, Rabu (17 Ogos) – Kerajaan akan tetap membayar wang pampasan terhadap penduduk apabila tanah milik mereka digunakan bagi tujuan perlaksanaan projek pembangunan dari masa ke semasa demikian menurut Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Katanya pembayaran wang pampasan terhadap pemilik tanah sekaligus membuktikan bahawa kerajaan tidak sewenang-wenangnya mengambilalih tanah mereka seperti yang didakwa oleh pihak tertentu selama ini.

“Lagipun tanah yang digunakan oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan secara tidak langsung bakal memberi manfaat kepada penduduk yang berada di dalam lingkungan kawasan projek tersebut.

“Justeru saya berharap agar penduduk menepis segala dakwaan daripada pihak tidak bertanggungjawab berhubung pembayaran pampasan oleh kerajaan terhadap pemilik tanah selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah bagi Projek Naik Taraf Jalan Bakong / Empelanjau / Jongkong di Rumah Kupon, Sunga / Bakong, Lingga kelmarin.

Terdahulu majlis yang dirasmikan oleh Menteri Muda Pertanian, Mong Dagang itu menyaksikan sejumlah 154 pemilik tanah dari kawasan Jalan Bakong, Empelanjau dan Jongkong, Lingga menerima cek pampasan yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM375, 421.70 bagi tujuan naik taraf jalan di kawasan mereka sekarang.

Mong ketika berucap pada majlis itu berkata pampasan terbabit bertujuan untuk memberi jalan kepada projek naik Jalan Bakong, Empelanjau dan Jongkong yang mencakupi jarak sepanjang 7.6 kilometer.

Projek naik taraf jalan sepanjang 7.6 kilometer menurut beliau yang mengambil masa selama enam bulan untuk siap sepenuhnya itu telah pun mula dibina pada bulan April tahun lepas.

Hadir sama pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah bagi Projek Naik Taraf Jalan Bakong / Empelanjau / Jongkong itu ialah Penguasa Jabatan Tanah Dan Survei Sri Aman iaitu Mohamad Razali Arshad.

Masir menerusi majlis itu pula mengumumkan peruntukkan MRP sebanyak RM5,000 kepada JKKK Rumah Kupon, Sunga / Bakong dan RM2,000 untuk biro wanita rumah panjang tersebut.

Manakala itu Mong pada majlis itu pula mengumumkan peruntukan bernilai RM8,000 kepada JKKK Rumah Kupon manakalal RM4,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment