Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 August, 2011

9 mati, 2 cedera parah, 1 cedera ringan kemalangan maut di Jelukong, Engkilili







Caption: TERUK...Lori pengangkut buah dan sayuran terbalik sebaik sahaja dirempuh oleh Toyota Rush yang mengorbankan sembilan orang nyawa dalam kejadian itu di Jelukong, Engkilili hari ini.


ENGKILILI, Rabu (17 Ogos) – Sembilan daripada 10 orang lelaki warga Indonesia telah terbunuh dalam kejadian kemalangan yang melibatkan lori pengangkut buah-buahan dan Toyota Rush di Jelukong, Engkilili sekitar jam 3.30 pagi hari ini.

Kejadian yang turut menyebabkan mangsa ke-10 (juga warga Indonesia) mengalami cedera parah dalam kejadian itu dipercayai bermula apabila kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang dari Bintulu menuju ke arah Kuching.

Sembilan orang mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ini adalah Juhran, 26, Asmadi, 51, Yusran Said, 29, Maulidi Jabiah, 25, Muslimin Jabiah, 25, Ilham Tamrin, 27, Ilham Muzani, 26, Jafri Annuar, 26, dan Junaidi Tamrin, 38 tahun.

“Sebaik sahaja melepasi kawasan Jelukong, Engkilili, kenderaan Toyota Rush yang dinaiki oleh 10 orang mangsa itu dipercayai hilang kawalan dan terus merempuh lori pengangkut buah dan sayur yang sedang menuju ke Saratok dari arah Kuching.

“Rempuhan kuat ini menyebabkan lori pengangkut buah dan sayur yang dinaiki oleh dua orang lelaki itu terbabas tidak jauh dari kawasan kemalangan terbabit,” kata sumber dari tempat kejadian.

Dengan jumlah kapasiti penumpang yang begitu ramai dalam sebuah kenderaan Toyota Rush terbabit masih lagi menjadi persoalan hingga sekarang, kesemua mayat sembilan orang mangsa itu di hantar ke Hospital Sri Aman untuk tindakan lanjut.

Pihak polis dilaporkan sedang berhubung dengan pihak Konsulat Kedutaan Indonesia bagi tujuan pengurusan kesemua mayat mangsa dengan seorang daripada mereka masih menerima rawatan di Hospital Sri Aman.

“Pemandu kenderaan lori pengangkut buah dan sayur itu pula mengalami kecederaan ringan manakala rakannya pula mengalami kecederaan patah kaki berpunca dari kemalangan itu.

“Faktor kabus tebal pada waktu pagi tadi dipercayai menyebabkan pemandu kenderaan Toyota Rush terbabit hilang kawalan sebelum merempuh lori pengangkut buah berkenaan,” katanya.

Utusan Sarawak juga turut dimaklumkan bahawa kesemua 10 orang mangsa terbabit mempunyai passport kemasukan ke negara ini yang sah ketika berlakunya kejadian kemalangan itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment