Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 April, 2010

Waspada dengan pihak pembangkang - Masir


Caption: UNTUKMU....Masir (tiga kiri) menerima cenderamata berbentuk ‘tawak’ daripada Tr Gading Duya (dua kanan)pada majlis itu. Turut kelihatan ialah Mong (tengah).

SRI AMAN, Isnin (5 April) – Penduduk di kawasan luar bandar akan menjadi sasaran pihak tertentu yang ingin memperoleh kepentingan politik daripada mereka menjelang pilihan raya negeri atau umum akan datang.

Justeru Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat menasihati penduduk dari kawasan luar bandar agar lebih berhati-hati ketika menerima kedatangan golongan terbabit selepas ini.

“Kumpulan ini akan datang menemui penduduk di kawasan luar bandar dan menyebarkan ideologi politik yang berunsur anti Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya kelak.

“Mereka berharap agar penduduk luar bandar menyokong perjuangan politik mereka selepas itu dan seterusnya mahu mengurangkan pengaruh BN demi kepetingan diri masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam JKKK & Pelancaran Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Unit Ulu Sri Aman, di Dewan Suarah Sri Aman malam kelmarin.

Selain itu Masir mahu penduduk di kawasan luar bandar untuk sedar bahawa kerajaan yang diteraju oleh BN Sarawak banyak memberi perubahan terhadap hidup mereka selama ini.

Beliau mahu penduduk untuk terus menjaga rentak pembangunan yang sedia ada sekarang dengan terus menyokong kerajaan BN menjelang pilihan raya umum atau negeri pada masa akan datang.

“Penduduk bebas memilih mana-mana parti politik. Bagaimanapun saya meminta penduduk luar bandar amnya untuk memikirkan sedalam-dalamnya tindakan masing-masing sekiranya mahu menyokong kumpulan terbabit selepas ini,” katanya.

Dalam majlis itu Masir telah mengumumkan Peruntukkan Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM3000 kepada SIDS Unit Ran Ulu.

Hadir sama ialah Menteri Muda Permodenan Pertanian (Penyelarasan dan Penyelidikan), Mong anak Dagang, Pengerusi SIDS Bahagian Sri Aman Roslind Abunawas, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu Geoffery Baja anak Ricky Maba dan ketua kaum di sini.

Tamat.













No comments:

Post a Comment