Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 April, 2010

Tumpukan pada pendidikan awal anak-anak, Wahab






Caption:

1.SELAMAT DATANG...Wahab sedang berjabat tangan dengan penduduk ketika tiba untuk merasmikan majlis berkenaa.

2. BERBAKAT...Antara murid TABIKA yang bertanding pada majlis berkenaan.



@ Saleman Senin, PPD Betong

KABONG, Isnin (19 April) - Anak-anak harus diberikan pendidikan yang sewajarnya oleh ibubapa bermula dari peringkat kecil demikian menurut nasihat Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar, Haji Abdul Wahab Aziz.

Dengan kata lain tindakan menghantar anak-anak ke Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) menurut beliau dilihat sebagai langkah cukup bijak bagi menyediakan mereka ke arah dunia pembelajaran yang sebenar selepas itu.

"Mengasuh dan mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berintelektual tinggi adalah bukan satu tugas mudah bagi ibubapa dan guru-guru di sekolah sekiranya golongan terbabit tidak diperlengkapi dengan ilmu pada peringkat pendidikan awal.

"Justeru anak-anak perlu didaftarkan ke pendidikan TABIKA sebaik sahaja cukup umur. Ini penting agar mereka mempunyai kemahiran pembelajaran yang baik sebelum melangkah ke peringkat pendidikan sekolah rendah," katanya.

Wahab yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak TABIKA KEMAS Peringkat Zon 3 (Sri Aman, Lubok Antu Betong dan Saratok) dan Program Ihtifal Kesenian Islam di sini baru-baru ini.

Selain itu semua pihak terutama ibubapa dan guru menurut beliau mempunyai tanggungjawab untuk menjayakan pelan pembangunan modal insan yang berpendidikan tinggi bagi menghadapi era kemajuan negara menjelang tahun 2020 nanti.

"Anak-anak perlu dilengkapi dengan perkembangan fizikal, emosi dan intelektual yang positif. Oleh itu peranan untuk menjayakan hasrat ini terletak ditangan ibubapa dan para guru yang memikul tanggungjawab berkenaan selepas ini," katanya.

Terdahulu sejumlah empat buah parlimen yang terdapat dalam Zon 3 iaitu Parlimen P.202 Sri Aman, P.203 Lubok Antu, P.204 Betong dan P.205 Saratok mengambil bahagian dalam sembilan buah pertandingan yang diadakan sempena dengan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Peringkat Zon 3 terbabit.

Pertandingan terbabit adalah Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Pidato, Tilawah Al-Quran, Rekacipta, Teater, Boneka Tangan, Nasyid dan Tarian Tradisional.

Parlimen P.202 Sri Aman telah memenangi dalam kategori Teater, Boneka Tangan,Story Telling, Bercerita dan Reka Cipta manakala Parlimen P.204 Betong pula memenangi acara Nasyid, Pidato, Tilawah Lelaki dan Tilawah Perempuan

Parlimen P.205 Saratok hanya berjaya memenangi acara Tarian Tradisional pada Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas itu. Muhd Najmi Fitri bin Norizam dan Nur Wani Iwanie binti Amran daripada Tabika Kemas Kampung Tengah Betong telah memenangi Tilawah Al-Quran bagi kategori Qari dan Qariah sempena majlis tersebut.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Prasekolah Kemas Negeri Sarawak, Wan Hasyim Wan Syeikh, Pegawai Kemas Daerah Betong, Freda Soontik dan Penyelia Kanan Kemas P.205 Saratok, Ustaz Sani Mentarang.

Tamat.

No comments:

Post a Comment