Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 April, 2010

Tinjauan mengenai Pesta Benak 2010







Mugshot:

1. MURA...Promosi pelancongan
2. THOMAS...Terbaik dari kerajaan
3. MUSA...Jaga sikap

SRI AMAN, Selasa (20 April) - Pesta Benak Sri Aman 2010 bakal melabuhkan tirainya di beberapa lokasi utama dalam Bandar Sri Aman pada 28 April ini iaitu dalam tujuh hari mulai dari sekarang.

Seperti kebiasaan anjuran Pesta Benak sebelum ini, Pesta Benak Sri Aman 2010 yang menelan belanja sekitar setengah juta ringgit semestinya bakal menarik kedatangan hampir 20,000 orang pengunjung ke Bandar Sri Aman bermula 28 April hingga 2 Mei kelak.

Seorang penduduk, Mura anak Liben, 37, berpendapat bahawa Pesta Benak Sri Aman 2010 telah menyajikan beberapa acara baru berbanding dengan penganjuran Pesta Benak Sri Aman sebelum ini.

"Wayang Pacak, Sri Aman Kicthen, Pertandingan Andaman Pengantin, Malam Peragaan dan Pertandingan Fesyen "Tidal Bore Wave", Pertandingan Tandak Melayu dan Tarian Ngajat, Rythm Of 1Malaysia dan Konsert Astro Live bagi saya adalah merupakan acara baru bagi Pesta Benak tahun ini.

"Acara ini sudah semestinya agak menarik. Saya tidak hairan sebab Pesta Benak Sri Aman 2010 bakal menelan belanja sekitar RM500,000 memandangkan banyak acara baru diadakan bagi pesta ini," katanya.

Thomas Sumbang, 47, pula percaya bahawa kerajaan komited untuk menaikkan nama Bandar Sri Aman menerusi penganjuran Pesta Benak ini ke peringkat dunia dengan adanya kelainan dalam sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 ini nanti.

Katanya kerajaan telah berusaha mempromosi produk pelancongan yang terdapat di Bandar Sri Aman dan sekaligus menaikkan lagi nama bandar ini dari segi eko-pelancongan semulajadi di masa akan datang.

"Ini secara tidak langsung menaikkan taraf ekonomi dikalangan penduduk dalam Bandar Sri Aman. Saya percaya kerajaan telah membuat yang terbaik untuk membolehkan Bandar Sri Aman dikenali sebagai Bandar Benak di masa akan datang," menurut beliau.

Sementara itu seorang lagi penduduk yang hanya dikenali sebagai Musa berharap agar penduduk di Bandar Sri Aman menunjukkan sikap yang terbaik kepada pengunjung luar ketika berlangsungnya Pesta Benak ini nanti.

"Orang luar akan menilai sikap dan tingkah laku kita ketika berlangsungnya Pesta Benak. Justeru saya berharap agar pengunjung luar memberi imej yang cukup baik terhadap penduduk Bandar Sri Aman sebaik sahaja selesai pesta ini nanti," katanya.

Terdahulu Residen Bahagian Sri Aman menerusi sidang media di pejabatnya baru-baru ini menjelaskan bahawa Pesta Benak Sri Aman akan diadakan di sepanjang Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman hingga ke Stesen Pemerhatian Benak, di pentas kebudayaan dalam laluan Jalan Kelab dan laluan Jalan Main Bazaar serta Jalan Astana.

Antara aktiviti terbabit adalah Demontrasi Lumba Benak Berperahu, Regatta, Sukaneka Air, Jualan Beraneka dan Promosi Produk, Agensi Bersama Pelanggan, Uji Bakat Bintang Kecil, Bintang P. Ramlee dan Bintang Klasik, Pameran dan Fotografi Benak, Pertandingan Shuffle, Wayang Pacak, Pentas Budaya 1Malaysia, Sri Aman Kicthen, Pertandingan Street Soccer, Pertandingan Andaman Pengantin, Malam Peragaan dan Pertandingan Fesyen "Tidak Bore Wave", Pertandingan Tandak Melayu dan Tarian Ngajat, Rythm Of 1Malaysia, Benak Idol, Konsert Astro Live dan banyak lagi.

Jualan Beraneka dan Promosi Produk, Agensi Bersama Pelanggan, Uji Bakat Bintang Kecil, Bintang P. Ramlee dan Bintang Klasik, Pameran dan Fotografi Benak, Pertandingan Shuffle, Wayang Pacak dan Pentas Budaya 1Malaysia kata Shamshuddin akan bermula pada 28 April ini.

Manakala pelancaran Kempen Pengurangan Gula, Sri Aman Kicthen, Pertandingan Street Soccer, Pertandingan Andaman Pengantin, Malam Peragaan dan Pertandingan Fesyen "Tidak Bore Wave" serta Lumba Benak Berperahu pula akan bermula pada 29 April.

Acara kegemaran pengunjung iaitu Regatta akan bermula pada 30 April. Acara yang turut bermula pada masa itu juga adalah Pertandingan Tandak Melayu dan Tarian Ngajat serta Rythm Of 1Malaysia.

Pada 1 Mei akan berlangsung Pertandingan Memancing, Sukan Rakyat, Pameran Motor Berkuasa Tinggi, Rythm Of 1Malaysia, Sayembara Deklamaasi Puisi 1Malaysia Meniti 1Malaysia dan Konsert Astro Live..

Manakala itu pada akhir sambutan Pesta Benak ini kata Shamshuddin bakal diadakan pula acara Sukaneka Air dan Benak Idol iaitu pada 2 Mei ini.


Tamat.

No comments:

Post a Comment