Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 April, 2010

SMK Ulu Layar juara Takraw Betong


Caption: KAMI JUARA...Pasukan SMK Ulu Layar Betong bergambar kenangan setelah muncul juara Kategori 18 Tahun Ke Bawah.


Oleh Saleman Senin, PPD Betong

BETONG, Rabu (14 April) - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Layar Betong muncul juara bagi Kategori 18 Tahun Ke Bawah bagi Kejohanan Sepak Takraw Bahagian Betong 2010 yang berlangsung selama tiga hari di sini baru-baru ini.

Kejohanan sepak takraw anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong ini menyaksikan SMK Ulu Layar muncul juara bagi kategori berkenaan setelah menumpaskan pasukan SMK Pusa dengan kemenangan set 2-0 pada perlawanan akhir kejohanan terbabit.

Manakal itu SMK Datuk Patinggi Kedit Betong pula telah menewaskan pasukan SMK Saribas Debak dalam perebutan tempat ketiga untuk kategori berkenaan menerusi set kemenangan tipis iaitu 2-1.

Bagi acara Regu pula, SMK Ulu Layar sekali lagi telah berjaya merangkul kejuaraan setelah menundukkan saingan daripada regu SMK Saribas Debak pada aksi final bagi kategori 18 Tahun Ke Bawah.

Pertarungan sengit yang dipamerkan oleh kedua-dua pihak regu berlarutan hingga ke sesi ‘Tie break’. Tempat ke-3 pula telah disandang oleh pasukan SMK Bahasa Malaysia Saratok apabila mereka berjaya menumbangkan pasukan regu SM Vokasional Betong menerusi set kemenangan 2-0.

Bagi kategori regu 15 Tahun Ke Bawah, SMK Ulu Layar tetap memperoleh kemenangan dua pasukan adik beradik iaitu Regu A dan Regu B berentap dalam aksi perlawanan akhir untuk kategori berkenaan.

Pasukan Regu A SMK Ulu Layar menerusi perlawanan akhir kejohanan untuk kategori tersebut telah berjaya menewaskan pasukan regu B dari sekolah yang sama menerusi kemenangan set perlawanan 2-1.

Manakala pasukan regu SMK Bahasa Malaysia Saratok pula telah menewaskan pasukan regu SMK Datuk Patinggi Kedit dengan kemenangan set perlawanan 2-0 dalam merebut kedudukan tempat ke-3 bagi kategori berkenaan.

Terdahulu sejumlah tujuh buah sekolah mengambil bahagian dalam kejohanan terbabit antaranya ialah SMK Datuk Patinggi Kedit Betong, SM Vokasional Betong, SMK Saribas Debak, SMK Pusa, SMK Bahasa Malaysia Saratok, SMK Kalaka Roban dan SMK Ulu Layar Betong.

Majlis penangguhan rasmi kejohanan berkenaan telah dirasmikan oleh Penolong Penyelia Unit Sukan PPD Betong, Mandau anak Anggan merangkap Setiausaha Majlis Sukan Sekolah Betong.

Hadir sama ialah Pengetua SMK Ulu Layar, Robin Sabai. Pengerusi Teknik Sepak Takraw bagi Kategori Sekolah Menengah, Ismail bin Mahrip telah mengakhiri majlis dengan mengumumkan senarai pemain yang terlibat untuk menggalas cabaran Bahagian Betong ke pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan di Betong bermula 5 hingga 7 Mei ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment