Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 April, 2010

Sertai Pertandingan Rythm Of 1 Malaysia 30 April - 2 Mei ini - Awang


Mugshot: AWANG KELANA

SRI AMAN, Isnin (5 April) – Peminat muzik tempatan dari seluruh negeri Sarawak dipelawa untuk menyertai Pertandingan Rythm Of 1 Malaysia anjuran Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman bertempat di Mini Stadium Sri Aman bermula 30 April hingga 2 Mei ini.

Pengurus pertandingan, Awang Kelana Awang Mahyuddin berkata pertandingan ini bertujuan untuk memeriahkan suasana sambutan Pesta Benak 2010 yang dijangka berlangsung dalam Bandar Sri Aman pada penghujung bulan April ini.

“Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Setiap kumpulan yang mahu menyertai pertandingan ini tidak dibenarkan mempunyai lebih daripada enam orang anggota serta tiada simpanan.

“Yuran penyertaan adalah RM100 untuk setiap kumpulan. Borang penyertaan boleh diambil di Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman sebelum tarikh tutup penyertaan pada 28 April ini nanti,” katanya.

Setiap kumpulan yang bertanding kata Awang akan diminta untuk membawa dua buah kategori lagu ketika berlangsungnya Pertandingan Rythm Of 1 Malaysia ini kelak iaitu Lagu Pilihan dan Lagu Bonus.

“Lagu Pilihan adalah bebas dan wajib untuk dipersembahkan oleh setiap kumpulan bertanding dalam Bahasa Malaysia, Cina, Iban atau Tamil.

“Manakala itu Lagu Bonus pula mengkehendaki setiap kumpulan bertanding untuk mempersembahkan lagu berunsur perpaduan, patriotik dan Irama Malaysia dalam Bahasa Malaysia, Cina, Iban dan Tamil,” katanya.

Bagaimanapun pihak penganjur kata Awang berhak membatalkan penyertaan mana-mana kumpulan yang bertindak mempersembahkan lagu Heavy Metal, lagu berunsur perkauman, dadah atau memuja syaitan pada pertandingan itu nanti.

“Lagipun setiap anggota kumpulan tidak dibenarkan mengambil dadah atau alkohol ketika atau sebelum berlangsungnya Pertandingan Rythm Of 1 Malaysia terbabit,” katanya.

Justeru beliau berharap agar peminat muzik dalam negeri ini tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai Pertandingan Rythm Of 1 Malaysia pada tarikh dan lokasi yang dinyatakan.

“Yuran boleh dijelaskan kepada saya menerusi talian 019-4386432 atau Latifah Mantali di talian 014-5925976 ketika menghantar borang penyertaan pertandingan ini sebelum atau pada 28 April kelak,” katanya.

Peringkat saringan bagi Pertandingan Rythm Of 1 Malaysia ini akan bermula dari jam 2 petang hingga 6 petang pada 30 April dan dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada 1 Mei sebelum 10 buah kumpulan terpilih layak bertanding di peringkat final bermula dari jam 9 pagi hingga 11.30 pagi pada 2 Mei kelak.

Kumpulan juara akan membawa pulang hadiah bernilai RM800 beserta piala manakala kumpulan naib juara pula akan membawa pulang hadiah bernilai RM600 juga beserta dengan piala.

Manakala itu kumpulan pemenang tempat ke-3 bagi pertandingan berkenaan bakal membawa pulang hadiah bernilai RM400 beserta piala. Dua hadiah saguhati bernilai RM200 juga turut ditawarkan kepada kumpulan dalam pertandingan itu.

Tamat.





No comments:

Post a Comment