Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 April, 2010

Sambutan Hari Polis di Betong meriah




Caption:

1. FOKUS...Bukhori (dua kiri) dan Dr Wahbi (dua kanan) ketika menghadiri Majlis Tahlil dan Tazkirah di Surau An-Najah IPD Betong.

2. UNTUK ALBUM...Anggota polis IPD Betong dan orang awam sedang berehat setelah selesai Majlis Gotong-Royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Belaki di Kampung Betong kelmarin.

BETONG, Khamis (1 April) – Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-203 bagi peringkat Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong telah berlangsungnya dengan meriah menerusi penganjuran beberapa buah aktiviti bermula 19 Mac hingga kelmarin.

Antara aktiviti yang dilaksanakan bermula 19 Mac hingga kelmarin (31 Mac) ialah Kempen Derma Darah, Perhimpunan Hari Polis, Majlis Tahlil / Tazkirah, Majlis Gotong-Royong membersih tanah perkuburan Islam dan aktiviti Palm Sunday.

“Aktiviti pembuka tirai sambutan Peringatan Hari Polis Ke-203 bagi peringkat IPD Betong ialah Kempen Derma Darah yang membabitkan penyertaan sejumlah 21 orang anggota polis dan kakitangan awam IPD Betong pada 19 Mac.

“Kemuncak sambutan Peringatan Hari Polis Ke-203 di IPD Betong ialah Perhimpunan Hari Polis yang disempurnakan oleh Ketua Polid Daerah (KPD) Betong iaitu DSP Mohd Bukhori bin Saffai,” kata jurucakap penganjur ketika ditemui kelmarin.

Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-203 di Betong pada 25 Mac itu juga menurut beliau diserikan lagi dengan penganjuran Majlis Tahlil / Tazkirah yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas iaitu Dr Haji Wahbi Junaidi.

Selain itu sambutan hari polis bagi peringkat IPD Betong turut dimeriahkan lagi dengan berlangsungnya upacara Palm Sunday dihadiri oleh anggota polis beragama Kristian di Gereja Katholik Betong pada hari Ahad lepas.

Dalam majlis itu seramai 100 orang awam termasuk anggota polis yang diketuai oleh ASP Henry Nyuhai dari Bahagian Cawangan Khas Daerah menghadiri upacara Palm Sunday berkenaan.

“Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-203 di IPD Betong turut disemarakkan lagi Majlis Gotong-Royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Belaki di Kampung Betong oleh anggota polis di sini.

“Seramai 32 orang anggota polis IPD Betong termasuk KPD Betong iaitu DSP Bukhori dan 18 orang kampung yang diketuai oleh Sarjan (bersara) Wan Ahmed Wan Chee menjayakan majlis berkenaan,” menurut beliau.

Justeru katanya diharap agar aktiviti tersebut dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dikalangan anggota IPD Betong dengan orang awam dalam kawasan Betong pada masa akan datang.

Tamat.



No comments:

Post a Comment