Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 April, 2010

RM543 juta diperuntuk untuk projek tebatan banjir tahun lepas di Sarawak - Uggah

SRI AMAN, Rabu (28 April) - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memperuntukan sebanyak RM543 juta kepada Sarawak bagi menjalankan projek-projek berkaitan banjir dan sungai.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah anak Embas berkata, jumlah itu termasuk RM126.4 juta yang telah diperuntukan menerusi Pakej Ransangan Ekonomi Kedua yang diluluskan pada Mac 2009 lalu.

“Pihak kementerian juga telah menyenaraikan banyak program yang menjangkau nilai RM2.25 bilion dan menunggu kelulusan daripada pihak Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 ini nanti.

“Program ini mencakupi usaha pengurangan kejadian banjir, pengindahan prasarana sungai-sungai, pengawalan muara dan pantai serta peningkatan aktiviti ekonomi dari segi pelancongan, penangkapan ikan dan pengangkutan air demi kesejahteraan rakyat selepas itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pesta Benak dan Stesen Pemerhatian Benak serta Pelancaran Buku Bergambar Sri Aman Mansang Maju oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bertempat di Stesen Pemerhatian Benak, Sri Aman hari ini.

Selain itu Uggah juga memaklumkan insentif kementerian dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia untuk mempertingkat tahap kualiti air sungai yang semakin tercemar menerusi perlaksanaan Program 1 Negeri 1 Sungai.

“Sungai Miri dalam negeri Sarawak terpilih bagi ini. Demi memastikan kejayaan perlaksanaan program terbabit maka kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak amatlah diharapkan,” menurut beliau.

Sementara itu sejumlah RM1.812 juta kata Uggah telah dibelanjakan oleh kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 bagi mengatasi masalah percemaran di Sungai Miri, Sarawak sebelum ini.

Kerajaan menurut beliau juga akan memperuntukan sejumlah RM3.1 juta untuk tahun ini tujuan yang sama disamping memohon sejumlah RM5 juta bagi meningkatkan lagi kualiti air di Sungai Miri menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 kelak.

“Justeru saya berharap agar permohonan peruntukan ini dapat diluluskan oleh pihak kerajaan bagi memastikan penduduk dapat memanfaatkan sepenuhnya bekalan air bersih di Sungai Miri selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk hajah Rohani Abdul Karim, para Menteri Muda Kabinet Kerajaan Negeri, para Ahli Dewan Undangan Negeri, para pegawai kerajaan, ketua kaum dan penduduk dalam bandar ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment