Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 April, 2010

Ramai ketua kaum sokong Rayong jadi calon SUPP BN
















MUGSHOT:










1.Tr Narok
2.Tr Melintang
3.Tr Sintan
4.Tr TaK
5.Kaunselor Nyambong

Oleh EDWIN RAOH,





Utusan Borneo Sri Aman

(p/s: TIADA EDITING DILAKUKAN DALAM BERITA INI. SEMUANYA ASLI DAN TERPELIHARA)

ENGKILILI: Rata-rata ketua kaum di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili menyokong penuh cadangan pemimpin kanan Parti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Engkilili untuk mencalonkan Anggota DUN Dr Johnical Rayong ak Nyipa bertanding di DUN Engkilili pada pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tuai Rumah Narok dari Sebeliau Atas berkata, beliau yang mewakili anak-biaknya menyokong penuh ADUN Bebas Engkilili Dr Rayong menjadi calon atas tiket BN pada pilihan raya negeri nanti.

Narok yang merupakan Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiutera (PBB) Ranting Engkilili mengakui bahawa Dr Rayong adalah seorang pemimpin yang mesra rakyat dan paling layak menjadi calon SUPP untuk bertanding di kerusi DUN Engkilili pada pilihan raya negeri nanti.

“Sekiranya Dr Rayong tidak akan dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) dan kemudiannya dia membuat keputusan akan bertanding menjadi calon bebas saya percaya Wat Rayong tetap menang kerana rakyat di sini amat suka dengan Dr Rayong,

Jadi jangan menyalahkan kami sekiranya perkara ini berlaku nanti ” katanya kepada Utusan Borneo semasa menghadiri Program 1Malaysia Bersama Pemimpin di Rh Melintang, Merindun Skim Skrang, Engkilili anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak bahagian Engkilili, di sini, kelmarin.

Menurutnya lagi, anak Jati Skim Skrang itu mempunyai ciri-ciri sebagai seorang wakil rakyat yang prihatin, merendah diri dan berbudi bahasa dan pemimpin seperti inilah yang kami cari-cari oleh rakyat Engkilili sebagai calon SUPP untuk pilihan raya negeri akan datang.

Tuai Rumah Melintang, Skim Merindun berkata, beliau menyokong penuh cadangan pemimpin kanan SUPP cawangan Engkilili agar mencalonkan Dr Rayong untuk mengibar bendera BN di DUN Engkilili pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurutnya, sekiranya pemimpin-pemimpin BN ingin menyaksikan DUN Engkilili milik BN adalah lebih molek Dr Rayong menjadi calon BN di kawasan ini.

“Saya yakin Dr Rayong mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi DUN Engkilili kerana dia (Dr Rayong) mempunyai pengaruh dan sokong kuat oleh rakyat di sini.

Tambahan pula Dr Rayong kerap turun padang bersama rakan karibnya Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau ak Badak serta pemimpin-pemimpin BN lain menjenguk kami dan kalau .....wakil rakyat sebelum ini mana ada macam ini,” jelas beliau.

Tuai Rumah Sintan ak Undik menaruh harapan agar pemimpin-pemimpin tertinggi BN terutamanya SUPP Pusat meletakan Dr Rayong untuk bertanding di DUN Engkilili.

Beliau berkata, Dr Rayong berjaya menewaskan calon BN Jonathan Krai Pilo dalam pilihanraya negeri 2006 kerana rakyat di Engkilili inginkan seorang pemimpin anak tempatan sendiri bukannya orang luar.

“Kami kepinginan benar untuk menyaksikan anak jati Engkilili menjadi wakil rakyat kami disini setelah sekian lama ditadbir orang luar,” ujarnya.

Sementara itu Tuai Rumah Tak, Merindun pula melahirkan rasa gembira sekali sekiranya Dr Rayong menjadi calon BN dalam pilihan raya negeri nanti.

“Saya percaya Dr Rayong akan menang dengan mudah menewaskan calon parti pembangkang hasil tinjauan kami disini pada pilihanraya negeri nanti,” katanya.

Menyentuhi mengenai resolusi dari cawangan SUPP Engkilili yang mengatakan calon bebas tidak dibenarkan bertanding menjadi calon BN Kaunselor Nyambong ak Maweng mendakwa bahawa mereka ahli dalam jawatankuasa SUPP Engkilili tidak tahu menahu tentang resolusi itu.

Begitu juga dengan resolusi yang menggunakan cawangan SUPP Engkilili yang meminta Presiden SUPP Datuk Patinggi Tan Sri George Chan meletakkan jawatan sebagai Presiden parti sebelum ini.

“Kebanyakkan kami dalam ahli jawatankuasa SUPP cawangan Engkilili tidak tahu menahu resolusi itu, kami seolah-oleh dipergunakan oleh orang luar itu untuk kepentingan politik mereka,” katanya.

‘Orang luar’ yang berada dalam senarai jawatankuasa SUPP Cawangan Engkilili ialah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Toh Heng San yang sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat DUN Engkilili dan Johnathan Krai ak Micheal Pilo yang merupakan calon SUPP-BN yang ditewas kepada calon Bebas Dr Johnical Rayong dalam pilihan raya negeri lalu.

Toh yang merupakan Pengerusi cawangan SUPP Engkilili berasal daripada daerah kecil Song manakala Krai dari bandar Sri Aman.

Tamat…




No comments:

Post a Comment