Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

29 April, 2010

Penubuhan PAKK boleh betulkan akhlak kanak2




Caption:

1. SERONOK...(Dari kanan ke kiri) Rohana, Rohani, Simoi dan Joni kelihatan seronok menyaksikan persembahan kanak-kanak ketika berlangsungnya majlis tersebut kelmarin.

2. BERBAKAT...Dua orang kanak-kanak sedang menyampaikan persembahan bercerita masing-masing ketika berlangsungnya Majlis Perasmian PAKK Kampung Hilir Sri Aman di sini kelmarin.

SRI AMAN, Khamis (29 April) – Penubuhan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang berpusat di Kampung Hilir, Sri Aman akan membolehkan kerajaan membenteras kes yang membabitkan akhlak dan pemeliharaan kanak-kanak dalam kawasan ini pada masa akan datang.

Pengerusi Pasukan Perlindungan Kanak Kanak (PPKK) Bahagian Sri Aman, Rohana Ismawi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian PAKK Kampung Hilir Sri Aman di sini kelmarin.

Katanya rasional penubuhan PAKK ini berpandukan kepada catatan jumlah kes yang membabitkan akhlak dan pemeliharaan kanak-kanak di Sri Aman bagi Akta Kanak-Kanak 2001 oleh pihak pelindung dan Pegawai Akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman bermula dari tahun 2006 hingga 2010.

“Statistik menunjukkan bahawa sejumlah 25 kes telah dijatuhkan di bawah kes perlindungan dan pemeliharaan kanak-kanak. 132 kes lagi telah dijatuhkan di bawah kes akhlak manakala 12 kes lagi telah dijatuhkan di bawah kes Perintah Khidmat Masyarakat (CSO).

“Justeru peranan masyarakat tempatan amat diperlukan untuk memberi teladan yang baik dan positif kepada kanak-kanak dengan memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan didikan kepada golongan terbabit selepas ini,” katanya.

Selain itu penubuhan PAKK di Sri Aman kata Rohana juga akan dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif, selamat dan mesra kanak-kanak dalam menjalankan aktiviti pada masa lapang.

Usaha ini menurut beliau selaras dengan Dasar Kanak-Kanak Negara dan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara yang telah diluluskan dalam mesyuarat kabinet pada 29 Julai tahun lepas.

“PAKK di Kampung Hilir kini mempunyai seramai 143 orang kanak-kanak berdaftar yang membabitkan 80 orang pelajar sekolah rendah dan 63 orang pelajar sekolah menengah semenjak ia memulakan operasinya pada 1 November tahun lepas.

“Oleh yang demikian pihak PPKK Bahagian Sri Aman mengalu-alukan kedatangan semua kanak-kanak ini PAKK Kampung Hilir disamping melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dilaksana selepas ini,” katanya.

Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim yang seterusnya mengumumkan peruntukan bernilai RM10,000 kepada PAKK Kampung Hilir Sri Aman.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri, Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji, wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Joni Naruddin, para pegawai kerajaan, ketua kaum dan penduduk dalam bandar ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment