Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2010

PBB Saribas kerjasama dengan Giatmara Betong settle hal belia menganggur




Caption:
1.PENGHARGAAN...Razi (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Fauzi (kanan) sebaik sahaja tamat mesyuarat berkenaan.


2. UNTUK KENANGAN...Razi (tengah) bergambar kenangan bersama ahli Pergerakan Pemuda N.30 Saribas sebaik sahaja tamat mesyuarat terbabit.

DEBAK, Khamis (15 April) – Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bersatu Bersatu (PBB) cawangan Saribas akan bekerjasama dengan Pusat Giatmara Betong bagi menarik kemasukan lebih ramai golongan belia dan beliawanis ke institusi berkenaan selepas ini.



Ketua Pergerakan Pemuda PBB cawangan Saribas, Mohammad Razi Sitam berkata Pusat Giatmara Betong menawarkan pelbagai kursus kemahiran yang menarik terhadap belia dan beliawanis untuk membantu mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran diri masing-masing.


"Penyertaan mereka dalam Pusat Giatmara Betong sekaligus akan dapat mempertingkatkan lagi usaha pihak kita bagi membela nasib golongan belia yang masih menganggur dengan membantu mereka memiliki pelbagai kemahiran yang mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan di masa akan datang.


"Saya yakin bahawa golongan terbabit mampu menjadi sumber tenaga kerja yang berkualiti bagi keperluan tenaga kerja negara jika diberi peluang untuk meningkatkan diri dengan kemahiran-kemahiran di institusi kemahiran seperti Pusat Giatmara," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap ringkas pada sesi Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda PBB cawangan N.30 Saribas bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Debak baru-baru ini.


Selain itu usaha ini kata Razi juga sejajar dengan saranan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud untuk mentransformasikan ekonomi rakyat ke arah berpendapatan tinggi pada masa akan datang.


"Justeru saya menyeru semua Ketua Pemuda peringkat ranting dalam DUN N.30 Saribas untuk bergerak lebih aktif dan turun padang bagi menyampaikan maklumat mengenai peluang mengikuti kursus kemahiran di institusi-institusi kemahiran yang disediakan oleh kerajaan selepas ini," katanya.


Beliau pada ucapannya juga mahu semua ahli pergerakan pemuda untuk saling bekerjasama di demi memantapkan lagi organisasi parti disamping mendampingi para belia di peringkat akar umbi untuk berkongsi maklumat-maklumat terkini bersama golongan terbabit.


Terdahulu mesyuarat yang berlangsung selama sehari itu telah diselitkan dengan sesi ceramah oleh Pegawai Pusat Giatmara Betong, Fauzi Shafi’ee mengenai maklumat tentang program latihan kemahiran yang boleh membantu belia mencapai cita-cita pekerjaan selepas ini.


Pusat Giatmara katanya merupakan saluran alternatif untuk melanjutkan pendidikan di dalam bidang kemahiran vokasional dan latihan teknikal kepada mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran atau yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan kemahiran untuk kemajuan kerjaya.


Antara bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Pusat Giatmara ialah fabrikasi logam, pendawaian elektrik domestic, teknologi bangunan, membaiki motosikal dan lain-lain. Pusat Giatmara turut menyediakan kemudahan asrama, elaun sara hidup dan peralatan latihan teknikal.


Tamat.

No comments:

Post a Comment