Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 April, 2010

Mazlan pengarah penjara pusat sri aman yang baru


Caption: TAHNIAH...Shuib (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mazlan (kanan) sambil disaksikan oleh Zawawi (tengah) ketika berlangsungnya majlis berkenaan hari ini.

SRI AMAN, Rabu (14 April) - Timbalan Pengarah Penjara Pusat Taiping, Perak iaitu Mazlan Mat Yusof secara rasminya akan memegang jawatan Pengarah Penjara Pusat Sri Aman berkuatkuasa mulai 15 April ini.

Mazlan memegang jawatan Pengarah Penjara Pusat Sri Aman setelah mengambilalih jawatan berkenaan daripada Shuib Ongak yang akan berpindah tugas ke Ibupejabat Penjara Malaysia di Kajang, Selangor mulai tarikh berkenaan.

Proses pengambilalihan kuasa jawatan oleh Mazlan daripada Shuib ini telah berlangsung menerusi Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Gelanggang Tenis, Penjara Pusat Sri Aman pada hari ini.

Pengarah Penjara Sarawak, Haji Zawawi bin Abdul Rahim turut hadir sama bagi menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Mazlan dan Shuib yang bermula secara rasminya di gelanggang berkenaan pada jam 10 pagi.

Shuib yang memegang jawatan Pengarah Penjara Pusat Sri Aman bermula 4 Jun 2007 dahulu akan memegang jawatan Pengarah Penjara di Bahagian Parol, Ibupejabat Penjara Malaysia di Kajang Selangor selepas ini.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penjara Pusat Kluang, Johor bermula dari tahun 2005 hingga 2007 sebelum memegang jawatan Pengarah Penjara Pusat Sri Aman selama tiga tahun.

Menerusi ucapannya pada majlis itu, Shuib meminta semua anggota dan kakitangan Penjara Pusat Sri Aman untuk memberikan sepenuh kerjasama dan komitmen bertugas kepada Pengarah Penjara Pusat Sri Aman yang baru selepas ini iaitu Mazlan Mat Yusof.

"Saya melahirkan rasa cukup bangga di atas pencapaian semua anggota dan kakitangan Penjara Pusat Sri Aman selama tiga tahun berkhidmat sebagai pengarah di sini bermula dari 4 Jun 2007 hingga sekarang.

"Justeru saya berharap agar semua anggota dan kakitangan terus mempamerkan prestasi kerja cemerlang masing-masing selepas ini demi mempertingkat imej Penjara Pusat Sri Aman di masa akan datang," katanya.

Majlis Serah Terima Tugas ini diserikan dengan upacara Kawad Suku yang dipamerkan oleh seorang sarjan dan lapan orang pegawai Penjara Pusat Sri Aman.

Tamat.





No comments:

Post a Comment