Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 April, 2010

KPSU anjur perkhemahan belia 1Malaysia


caption: UNTUK ALBUM…Para peserta dan petugas bergambar kenangan pada penghujung Program Perkhemahan Rekreasi Belia 1Malaysia terbabit.

BETONG, Jumaat (23 April) - Seramai 50 orang peserta kadet polis dari empat buah sekolah menengah dalam kawasan Betong dan Saratok mengambil bahagian dalam Program Perkhemahan Rekreasi Belia 1Malaysia peringkat Bahagian Betong di Wong Kelangsau, Betong baru-baru ini.

Empat sekolah menengah yang menyertai Program anjuran Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sarawak (Bahagian Belia) dengan kerjasama PPS&U Bahagian Betong dan Kawasan Rukun Tetangga Pekan Saratok ini ialah SMK BM Saratok, SMK Kalaka, SMK Kabong dan SMK Agama, Saratok.

Program ini yang bertujuan untuk mendekatkan para belia remaja kepada masyarakat setempat ini juga adalah merupakan usaha untuk mewujudkan golongan belia yang berkhemah dan berwawasan.

"Justeru pihak KPSU Bahagian Betong telag cuba melahirkan para belia yang berpotensi tinggi hingga ke peringkat akar umbi tanpa mengira batas kaum atau etnik, anutan agama, pekerjaan dan asal tempat tinggal," menurut jurucakap penganjur program berkenaan.

Selain itu Program Perkhemahan Rekreasi Belia 1Malaysia ini menurut beliau juga bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak muda di Betong untuk menunjukkan bakat kreativiti dengan menonjolkan diri masing-masing menerusi aktiviti yang disertai.

Malahan Program Perkhemahan Rekreasi Belia 1Malaysia ini juga kata beliau merupakan salah satu kaedah pendekatan ke arah pembentukan jati diri dalam kelompok masyarakat Sarawak khasnya golongan belia di Betong.

"Dengan ini diharapkan agar semua masyarakat dapat menerima dan bekerjasama dengan golongan belia remaja yang berbakat tinggi khasnya di Bahagian Betong selepas ini," katanya.

Majlis penutupan program terbabit telah dirasmikan oleh Wakil Residen Bahagian Betong merangkap pemangku Pegawai Daerah Saratok, Julaihi Kadir.

Hadir sama ialah wakil Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, Hamdan Haji Sharbini, Pegawai KPSU Bahagian Betong, Easkandar Nazim Mohd Estern, Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Omar, Pegawai JPAM 3 Sri Aman, Nur Fikri Yusof, Jurulatih dan Kem Komandan program terbabit, Haji Shaidi bin Haji Ahmad.

Antara aktiviti yang diadakan ketika berlangsungnya program terbabit adalah ice breaking, kompas dan simpulan tali, senaman pagi, jungle tracking, pertolongan cemas di darat, motivasi / ceramah berhubung jenayah dan persembahan kumpulan berjudul Sayang Si Buta, keselamatan air dan masalah rimba.

Tamat.

No comments:

Post a Comment