Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 April, 2010

Kalimah nama Allah di pokok tebu milik Haji Saidi




Caption: GANJIL...Shaidi menunjukkan simpulan yang membentuk kalimah nama Allah di pucuk daun muda pokok tebu milik beliau manakala gambar kecil menunjukkan fokus jarak dekat corak kalimah nama Allah.

SRI AMAN, Jumaat (23 April) - Khabar angin mengenai wujudnya bentuk kalimah nama Allah pada sebatang pokok tebu di Kampung Hilir semenjak 18 April lalu kini sah terbukti benar apabila Utusan Sarawak berjaya mengesan pemilik pokok tebu berkenaan hari ini.

Pokok tebu ganjil yang mempunyai bentuk kalimah nama Allah pada bahagian pucuk muda itu ketika dikesan oleh Utusan Sarawak sebenarnya dimiliki oleh Haji Shaidi bin Haji Ahmad yang aktif dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan selama ini.

"Pada 18 April lalu iaitu ketika sedang sibuk membersihkan daun pokok tebu di halaman rumah saya telah mendapati bahawa wujudnya simpulan di bahagian pucuk daun muda pokok tebu terbabit.

"Kita diamati dengan lebih dekat saya mendapati bahawa corak simpulan berkenaan menyerupai kalimah nama Allah. Ini membuatkan saya berasa terkejut memandangkan ia merupakan perkara paling ganjil pernah saya saksikan dalam hidup saya," katanya.

Selepas penemuan tersebut Shaidi telah bertindak merahsiakan penemuan ganjil berhubung wujudnya kalimah nama Allah pada pucuk daun muda pokok tebu berkenaan daripada penduduk Kampung Hilir atas sebab tertentu.

"Bagaimanapun kisah mengenai penemuan kalimah nama Allah di pucuk daun muda pokok teby berkenaan mula tersebar di kalangan penduduk dalam Kampung Hilir tanpa menyedari bahawa ia dimiliki oleh saya.

"Anda (Utusan Sarawak) juga berjaya mengesan pemiliknya sekarang. Justeru tiada gunanya bagi saya merahsiakan penemuan ganjil di pucuk daun muda pokok tebu berkenaan mula sekarang," katanya.

Shaidi berpendapat bahawa kejadian ini merupakan satu petanda dan kekuasaan daripada Allah S.W.T yang ingin ditunjukkan olehNya kepada umat manusia di bumi ini.

"Saya berharap agar kejadian ini dapat memberi ikthibar kepada semua penduduk di Kampung Hilir. Kejadian ganjil ini menunjukkan bahawa tiada perkara yang mustahil di mata Tuhan," katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment