Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 April, 2010

IPD Meradong lawat kilang batik Betong



Caption: UNTUK ALBUM...Ketua Polis Daerah Betong, DSP Mohd Bukhori Saffai (tengah) bersama DSP Hafipi (dua kanan) dan penguasa Batik Betong, Edward Langgi (kanan sekali) bersama sebahagian ahli rombongan ketika melawat pusat berkenaan.

oleh Abang Daud Abang Juraihi

BETONG, Isnin (12 April) - Rombongan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Meradong yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Meradong iaitu DSP Mohd Hafipi bin Mohd Salim telah mengadakan lawatan ke Pusat Batik Betong di Kilang Batik Betong sini baru-baru ini.



Rombongan lawatan ke Pusat Batik Betong yang diketuai oleh Hafipi terbabit telah membabitkan penyertaan Pengerusi PERKEP IPD Meradong, Puan Hasliza bersama 40 orang pegawai kanan, anggota pangkat rendah dan kakitangan awam IPD Meradong.


"Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap semua anggota polis dan kakitangan awam dari IPD Meradong tentang proses penghasilan produk batik keluaran Bahagian Betong.


"Semua ahli rombongan telah diberi peluang untuk mencuba sendiri cara-cara penghasilan batik berkenaan di Pusat Batik Betong terbabit. Ia merupakan satu pengalaman berharga dikalangan semua ahli rombongan kami," kata jurucakap penganjur lawatan berkenaan.


Dalam lawatan singkat berkenaan, DSP Hafipi telah melahirkan rasa teruja ketika melihat dan meninjau sendiri produk batik yang telah dihasilkan menerusi kreativiti tangan di Pusat Batik Betong terbabit.


Justeru beliau berharap Pusat Batik Betong ini dikunjungi oleh semua pihak di seluruh negeri Sarawak yang ingin menyaksikan sendiri proses pembuatan batik dengan menggunakan tangan disamping melihat hasil produk batik di pusat berkenaan selepas ini.


"Pusat Batik Betong sememangnya menawarkan banyak pengalaman berharga terhadap pengunjung selepas ini. Disamping melawat pusat ini semua ahli rombongan telah menimba pengalaman baru tentang cara penghasilan batik dalam negeri ini," katanya.


Hadir sama ialah Pengerusi PERKEP IPD Betong, Asiah Hasan, Ketua Trafik Daerah IPD Betong, Inspektor Abdul Halim Idrus, penyelaras lawatan, Sarjan Mejar Mohd Hajemi Haji Omar.


Lawatan ke Pusat Batik Betong oleh IPD Meradong ini adalah merupakan salah satu aktiviti pengisian sempena dengan Perlawanan Persahabatan Badminton di antara IPD Meradong dan IPD Betong bagi memeriahkan suasana Peringatan hari Polis Ke-203.


Tamat.

No comments:

Post a Comment