Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 April, 2010

IPD Betong 'benam' IPD Meradong dlm pertandingan badminton


Caption: UNTUK ALBUM...Bukhori (duduk tengah) dan Hafipi (duduk kanan) bersama anggota IPD Betong dan Meradong bergambar kenangan sebaik sahaja tamat pertandingan itu.

BETONG, Selasa (14 April) - Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-203 masih berlangsung dengan meriah di kawasan wilayah tengah Sarawak dengan adanya Perlawanan Badminton Persahabatan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong menentang IPD Meradong kelmarin.


Perlawanan badminton persahabatan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Badmionton IPD Betong itu menyaksikan saingan merebut kemenangan oleh pasukan dari kedua-dua pihak untuk Tiga Regu Veteran, Enam Regu Senior dan Empat Regu PERKEP.

Menerusi perlawanan badminton persahabatan berkenaan, IPD Betong telah mempamerkan kehebatan mereka dengan memenangi lima perlawanan regu senior dan satu seri satu perlawanan kategori berkenaan.

Bagaimanapun pasukan IPD Betong pula terpaksa akur terhadap kehebatan pasukan IPD Meradong yang berjaya mengondol kesemua tiga perlawanan regu veteran menentang pasukan tuan rumah untuk perlawanan terbabit.

Bagi kategori regu PERKEP pula kedua-dua pasukan iaitu IPD Betong dan IPD Meradong telah mempamerkan penguasaan perlawanan yang seimbang dengan saling menguasai kemenangan bagi regu itu pada pertandingan berkenaan.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Betong, DSP Mohd Bukhori bin Saffai pada majlis itu berkata Perlawanan Badminton Persahabatan berkenaan bertujuan untuk merapatkan hubungan tali silatuharim di antara pihak polis IPD Betong dan Meradong selepas ini.

Hubungan yang lebih erat dan kukuh yang wujud menerusi perlawanan katanya akan mewujudkan aspek kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua pihak dalam membenteras segala masalah jenayah yang berlaku di kawasan maisng-masing selepas ini.

"Perlawanan Badminton Persahabatan ini sebenarnya merupakan salah satu pengisian acara sempena peringatan Hari Polis Ke-203 peringkat IPD Betong dan menjadi platform kita untuk merapatkan hubungan dengan pihak IPD Meradong.

"Pihak kita telah berbincang dengan KPD Meradong iaitu DSP Mohd Hafipi Mohd Salim dan bersetuju untuk mengadakan lawatan PERKEP dari kedua-dua pihak ke negeri Sabah pada tahun hadapan," katanya.

Perlawanan Badminton Persahabatan IPD Betong menentang IPD Meradong ini dimeriahkan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan bergambar beramai-ramai pada penghujung program berkenaan.

Tamat

No comments:

Post a Comment