Please jump to our new blog --> www.newsriamannews.blogspot.com

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 April, 2010

Tadika akan dibina di setiap rumah panjang - Masir


Caption: PONG! Masir sedang memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh (dari kanan) Salleh, Melunggang, Briku dan Florence ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

news source from Julius Bunan and Gloria Olin.

SRI AMAN, Isnin (26 April) - Kerajaan akan berusaha menyediakan kemudahan pra-sekolah di setiap rumah panjang dalam negeri ini sebagai langkah awal untuk mewujudkan golongan modal insan berkualiti pada masa akan datang kata Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat.

Menurut beliau kerajaan memberi fokus terhadap penyediaan kemudahan pra-sekolah di rumah panjang memandangkan pendidikan awal merupakan perkara paling penting untuk menyediakan anak-anak ke arah dunia pendidikan sekolah rendah dan menengah selepas itu.

"Sasaran utama kerajaan ialah untuk mewujudkan sistem pendidikan awal yang seimbang antara anak-anak penduduk dari kawasan bandar dan luar bandar dalam negeri ini.

"Kerajaan mahu anak-anak dari kawasan luar bandar diberi peluang untuk sama maju dari segi prestasi pencapaian akademik menerusi pendidikan awal ini berbanding dengan anak-anak dari kawasan bandar menjelang tahun 2020 kelak," katanya.

Masir berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Sarakup Indu Dayak Sarawak Unit Pakit A Tuai Rumah Melunggang anak Adir bertempat di sebuah restoran tempatan dalam bandar Sri Aman baru-baru ini.

Selain itu beliau juga mengalakkan semua JKKK dalam kawasan Sri Aman untuk menubuhkan tabung pelajar tinggi atau tabung pendidikan untuk memudahkan anak penghuni rumah panjang atau kampung melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas ini.

Dengan berbuat demikian, tindakan JKKK itu nanti kata Masir secara tidak langsung akan memberi manfaat apabila anak-anak itu pulang dari kejayaan dan berbakti kepada semua penduduk di rumah panjang masing-masing.

"Justeru berharap agar ahli JKKK tidak memikirkan kepentingan peribadi masing-masing berhubung perkara ini. Semua ahli perlu berfikiran jauh untuk memajukan rumah panjang mereka menjelang tahun 2020 nanti," katanya.

Beliau pada majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bagi tahun 2011 bernilai RM5,000 kepada JKKK Rumah Melunggang manakala RM3,000 untuk unit SIDS rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Penyelaras Komuniti Bestari cawangan Sri Aman, Salleh Imun, Pengerusi SDNU cawangan Simanggang, Roland Demong, Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas, Ketuai Unit SIDS Pakit A, Florence Briku, Pengerusi Persatuan Budaya Iban Sri Aman, Johnathan Issau, Penghulu Briku Busang dan Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sri Aman, Abah Uggie.
Tamat.

No comments:

Post a Comment