Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 April, 2010

BN komited bangunkan hidup rakyat kata NYalau


Caption: UNTUK ALBUM...Nyalau (tengah) bersama Rayong (duduk dua kiri) bergambar kenangan bersama para hadirin ketika berlangsungnya majlis itu.

ENGKILILI, Isnin (19 April) – Dasar Politik Pembangunan yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sebelum ini menyebabkan rakyat terus menyokong parti Barisan Nasional (BN) hingga ke masa sekarang.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata ini kerana perjuangan BN berlandaskan kepada permuafakatan, kestabilan politik, kemakmuran dan pembangunan rakyat yang sama-rata.

"Kawasan daerah kecil Lubok Antu contohnya telah menerima ledakan pembangunan yang cukup pesat hasil daripada peruntukan kerajaan BN walaupun ia terletak di kawasan luar bandar sehingga sekarang.

"Ini jelas membuktikan bahawa pemimpin tempatan di bawah Ketua Menteri tidak hanya pandai bercakap sebaliknya memegang janji mereka terhadap semua rakyat dari masa ke semasa," menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program 1Malaysia Bersama Pemimpin di Rumah Melintang, Merindun Skim Skrang, Engkilili anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak bahagian Engkilili pada hari Sabtu lalu.

Selain itu pendapat sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan BN hanya mengutamakan pembangunan di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar menurut Nyalau adalah langsung tidak benar sama sekali.

"Malahan Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan agar rakyat yang menetap di kawasan dalam dan luar bandar sama-sama menikmati faedah projek pembangunan yang dilaksanakan semenjak dari dahulu lagi.

"Justeru saya berharap agar rakyat sentiasa menyokong kerajaan pimpinan BN Sarawak demi memastikan taraf hidup mereka meningkat ke tahap yang lebih baik di masa akan datang," menurut beliau.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa, Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba, Pembantu Luar Kanan JASA N.28 Engkilili, Edwin Ancheh, Pembantu Luar JASA N.29 Batang Ai, para kakitangan kerajaan dan ketua kaum di sini.

Nyalau pada majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM7,000 kepada JKKK Tr Melintang dan RM3,000 untuk biro wanita rumah panjang terbabit, RM15,000 untuk JKKK Tr Awing, RM15,000 kepada JKKK Tr Bak, RM5,000 untuk JKKK Irak, RM4,000 untuk JKKK Tr Bandang dan RM3,000 untuk Tr Narok, Sebeliau Atas.


Tamat…







No comments:

Post a Comment