Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 April, 2010

Balai Polis Betong tukar lokasi mulai hari ini (15 April)




Caption:


1. BARU...Gambar sumbangan dari IPD Betong ini menunjukkan pemandangan dari udara bangunan baru IPD Betong yang bakal beroperasi sepenuhnya mulai hari ini (15 April).


2. TINGGAL SEJARAH...Gambar menunjukkan bangunan lama Balai Polis Betong di Jalan Kuek Huat Wee yang akan ditutup secara rasminya mulai hari ini (15 April).


BETONG, Rabu (14 April) - Balai Polis Betong akan memulakan operasi secara rasmi di bangunan baru Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong yang terletak bersebelahan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong bermula 15 April ini.


Pihak IPD Betong sebelum ini telah beroperasi di bangunan lamanya iaitu di Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan dengan Kompleks Sukan Betong sebelum berpindah ke bangunan baru yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pusat Bandar Betong.


Ketua Polis Daerah Betong, DSP Mohd Bukhori Saffai berkata terdapat beberapa buah jabatan dalam IPD Betong yang telah memulakan operasinya di bangunan baru berhadapan dengan bangunan lama Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong sebelum ini.


"Antara beberapa buah jabatan dalam IPD Betong yang telah memulakan operasi di bangunan baru itu sebelum ini adalah Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Unit Cawangan Khas dan Bahagian Ketenteraman Awam.


"Balai Polis Betong yang beroperasi di Jalan Kuek Huat Wee sebelum ini juga akan berpindah ke bahagian aras bawah bangunan IPD Betong yang baru mulai esok (15 April). Bangunan balai polis lama akan ditutup secara rasminya selepas itu ," katanya.


Justeru orang ramai kata Bukhori dinasihatkan agar tidak lagi ke Balai Polis Betong yang lama di Jalan Kuek Huat Wee untuk melakukan sebarang tujuan urusan rasmi mulai pada tarikh pada tarikh yang dinyatakan.


"Perpindahan sepenuhnya Balai Polis Betong ke bangunan baru ini sekaligus memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan semua jabatan polis yang beroperasi di bangunan baru berkenaan selepas ini.


"Diharapkan agar perpindahan rasmi Balai Polis Betong ke bangunan baru terbabit akan mempertingkatkan tahap tugas pihak kita secara efisyen terhadap semua penduduk dalam kawasan Betong di masa akan datang," katanya.


Sebarang kemusykilan dikalangan orang ramai berhubung perkara ini kata Bukhori boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat Pertanyaan PDRM Betong menerusi talian telefon 083-471776, 472345, 472779, 472771 dan 472767.


Tamat.

No comments:

Post a Comment