Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 April, 2010

Anak tauke kuang kena langgar kereta

SRI AMAN, Jumaat (16 April) - Seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian kepala setelah dilanggar oleh kenderaan jenis Myvi di laluan kecil Jalan Hospital dalam bandar Sri Aman lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian terbabit mangsa iaitu Liew Koh San, 22, yang bekerja dengan sebuah restoran tempatan dalam bandar ini dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika hendak membuang sampah ke tempat pembuangan sampah berdekatan pada jam 6.30 petang.

Sebelum berlakunya kejadian, mangsa dikatakan sedang berbual dengan beberapa orang rakan di bangunan Lot 916 sebelum mahu pergi membuang sampah dari restorannya di tapak pembuangan sampah tidak jauh dari situ.

Sebaik sahaja tiba di laluan jalan kecil bersebelahan bangunan terbabit, mangsa dikatakan telah terkejut apabila mendengar bunyi hon kenderaan sebelum dilanggar oleh kenderaan terbabit di kedua-dua paha kakinya.

"Pelanggaran ini menyebabkan mangsa bersama sampahnya tercampak sejauh enam kaki dari tempat dirinya dilanggar oleh kenderaan terbabit.

"Mangsa mengerang kesakitan setelah berlakunya pelanggaran terbabit. Kejadian ini menyebabkan pemandu kenderaan berkenaan bersama lain-lain penduduk bergegas menghantar mangsa ke Hospital Bahagian Sri Aman untuk tujuan rawatan lanjut," katanya.

Mangsa yang lebih dikenali dengan panggilan mesra 'Ah San' dikalangan pengunjung kedai kopi tempat kerjanya itu kemudian dibenarkan pulang dari Hospital Sri Aman untuk kembali bekerja pada hari ini.

Saksi kejadian mendakwa bahawa kejadian berkenaan berpunca dari kegagalan mangsa bagi mengenalpasti tahap keselamatan jalan sebelum bertindak melintasi laluan kecil Jalan Hospital untuk membuang sampah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment