Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 April, 2010

35 band berentap dalam Rythm Of 1Malaysia 30 April ini


Mugshot: AWANG KELANA AWANG MAHYUDDIN (macho man)

SRI AMAN, Rabu (21 April) - Sejumlah 35 buah kumpulan mengesahkan penyertaan masing-masing dalam Pertandingan Rythm Of 1Malaysia yang bakal berlangsung di Mini Stadium Sri Aman bermula 30 April hingga 2 Mei ini nanti.

Pengurus pertandingan, Awang Kelana bin Awang Mahyuddin ketika dihubungi berkata kawasan Sri Aman mempunyai penyertaan terbanyak dalam pertandingan terbabit dimana sejumlah 16 buah kumpulan telah pembabitan masing-masing setakat.

"Selebihnya tiga buah kumpulan adalah dari Betong, dua kumpulan dari Bungin, tiga kumpulan dari Spaoh, tiga kumpulan dari Kuching, dua kumpulan dari Sarikei, satu kumpulan dari Sibu, empat kumpulan dari Saratok dan satu kumpulan dari Lubok Antu.

"Secara keseluruhannya jumlah penyertaan kumpulan dalam pertandingan ini adalah amat memberangsangkan dan di luar jangkaan," katanya sambil menambah pertandingan anjuran Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Sri Aman ini diadakan bersempena sambutan Pesta Benak Sri Aman 2010 bermula 28 April hingga 2 Mei kelak.

Selain itu kumpulan pemuzik yang masih berminat untuk menyertai Pertandingan Rythm Of 1Malaysia ini katanya mendaftarkan kumpulan masing-masing sebelum tarikh tutup pada 28 April jam 5 petang menerusi bayaran penyertaan sebanyak RM100 perkumpulan.

Borang penyertaan kata Awang boleh didapati di Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Sri Aman dan hendaklah siap sebelum dihantar bersama wang penyertaan kepada beliau di talian 019-4386432 atau Latifah Mantali di talian 014-5925976.

"Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM800. Naib johan akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM600 manakala pemenang tempat ke-3 pula akan memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM400.

"Pertandingan Rythm Of 1Malaysia juga turut menyediakan dua hadiah berupa wang saguhati bernilai RM200 untuk dua buah kumpulan dalam pertandingan berkenaan," katanya.

Pertandingan Rythm Of 1Malaysia akan melabuhkan tirainya bermula jam 2 petang hingga 6 petang pada 30 April manakala 9 pagi hingga 5 petang pada 1 Mei di Mini Stadium Sri Aman. 10 pasukan yang layak ke peringkat akhir akan berentap pada 2 Mei bermula dari 9 pagi hingga 11.30 pagi di dewan berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment