Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 February, 2009

Gelagat orang gila tarik perhatian orang ramai

SRI AMAN, Isnin (2 Jan) – Gelagat tiga orang lelaki kurang siuman yang berkumpul di Stesen Perhentian Bas Sarawak Transport Company (STC) telah menarik perhatian orang ramai yang secara kebetulannya melalui kawasan terbabit sekitar jam 11.15 pagi hari ini.

Kakitangan Utusan Sarawak yang secara kebetulannya duduk di sebuah warung berdekatan dengan stesen bas berkenaan pada mulanya mendapati bahawa hanya terdapat seorang lelaki kurang siuman berusia dalam lingkungan umur 60 tahun sahaja yang melepak di kawasan berkenaan.

Dengan memegang sebungkus air minuman, lelaki kurang siuman ini yang boleh dianggap tergolong dalam kumpulan Warga Emas mula bercakap sendirian dan adakalanya memarahi sesetengah penduduk yang melintasi kawasan stesen bas berkenaan.

Walaupun tindakan ini dianggap biadap namun orang ramai yang melintasi kawasan stesen bas terbabit seolah-olah tidak mengambil endah terhadap kehadiran lelaki kurang siuman ini dan terus duduk di tempat duduk berhampiran untuk berehat.

Bagaimanapun seperti sudah dirancang, dua orang lagi lelaki kurang siuman tiba-tiba sahaja muncul dan terus melepak dengan lelaki Warga Emas yang kurang siuman itu di stesen bas terbabit.

Seorang daripada tiga lelaki siuman ini hanya bertindak melegar di kawasan stesen bas berkenaan manakala selebihnya dua orang lagi pula betindak memarahi orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Orang ramai yang pada mulanya duduk berhampiran dengan lelaki Warga Emas kurang siuman itu kemudiannya bertindak melarikan diri kerana bimbang terhadap keselamatan diri masing-masing.

Mereka bimbang sekiranya ketiga-tiga lelaki kurang siuman ini bertindak melampaui batasan dan mencederakan kanak-kanak yang bersama ibubapa mereka duduk untuk berehat di stesen bas berkenaan.

Tamat.



No comments:

Post a Comment