Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 February, 2009

Parti SUPP cawangan Lingga sumbang bantuan kepada mangsa kebakaran Sungai Semilang


Caption: PRIHATIN...Lau (kanan) menyampaikan bantuan kepada Tr Gendi (kiri) sambil disaksikan oleh Kapitan Kueh (kiri sekali) dan Waterkiller (kanan sekali) ketika berlangsungnya majlis semalam.

SRI AMAN, Khamis (5 Feb) – Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Lingga telah menyampaikan sumbangan berupa wang bernilai RM800 dan makanan kepada mangsa kebakaran dari Rumah Gendi anak Ranti, Rumah Panjang Sungai Semilang, Tanjung Bijat, dalam daerah Lingga di sini semalam.

Sumbangan wang tunai dan barang makanan oleh SUPP cawangan Lingga telah disampaikan oleh Naib Pengerusinya, Lau Eng Hui kepada Tr Gendi anak Ranti sambil disaksikan oleh Pengerusi SUPP Lingga, Kapitan Kueh Aik Seng dan setiausaha parti terbabit, Waterkiller anak James Junit.

Terdahulu Kueh ketika dihubungi menjelaskan bahawa bantuan terbabit merupakan inisiatif SUPP untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa kebakaran terbabit.

“SUPP cawangan Engkilili menyalurkan bantuan kewangan bernilai RM500 manakala naib pengerusinya iaitu Lau Eng Hui pula menyalurkan bantuan wang peribadi bernilai RM300.

“Dengan adanya bantuan sebegini pihak kami berharap agar semua mangsa kebakaran dari Rumah Gendi anak Ranti memanfaatkan bantuan ini sebaik yang mungkin demi kebaikan diri masing-masing,” katanya.

Selain itu beliau juga berharap agar lebih ramai pihak termasuk jabatan kerajaan, agensi swasta dan persatuan untuk tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran ini dari masa ke semasa.

Sementara itu Jabatan Penerangan Sarawak dan Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional dari Bahagian Sri Aman ini turut menghulurkan bantuan berupa pakaian dan alat tulis kepada kanak-kanak mangsa kebakaran terbabit.

Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh wakil Jabatan Penerangan Sarawak dan Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional dari Bahagian Sri Aman ini iaitu Abdul Latip Shamshuddin serta Nicholas kepada wakil mangsa menerusi majlis yang berlangsungnya di hadapan Gereja Saint John Sungai Semilang hari ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment