Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 February, 2009

Peserta SALCRA Sri Aman terima dividen







1.MANFAATKAN...Datuk Patinggi Jabu (kiri) sedang menyampaikan cek replika dividen kepada Tr Ningkan dari Tapang Pungga (kanan) sambil disaksikan oleh (dari kanan sekali) Dr Rayong, Nyalau, Tikie dan Vasco ketika berlangsungnya majlis hari ini.

2.UNTUK ALBUM...Datuk Patinggi Jabu (duduk tengah dua dari kiri) sedang merakamkan gambar kenang-kenangan bersama tetamu kehormat dan para penerima dividen ketika berlangsungnya majlis hari ini.


LUBOK ANTU, Sabtu (7 Feb) – Kerajaan menerusi Lembaga Penyatuan dan Pemuliharaan Tanah Sarawak (SALCRA) telah membayar sejumlah RM93.3 juta wang dividen kepada 6,000 orang peserta dari empat buah estet kelapa sawit dari kawasan Bahagian Sri Aman bagi tempoh 25 tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang berkata bayaran wang dividen ini mencakupi peserta dari kawasan estet Batu Kaya (estet pertama), Merindun Lemanak Batang Ai (estet kedua), Sedarat Memaloi Pais, Enteban (estet ketiga) dan Pakit Undop (estet keempat).

Keluasan tanah bagi kesemua empat buah estet kelapa sawit yang dikendalikan oleh SALCRA di dalam kawasan Bahagian Sri Aman ini secara keseluruhannya menurut beliau adalah 6,487 hektar.

“Pembayaran dividen bernilai RM93.3 juta kepada 6,000 peserta semenjak 25 tahun yang lepas ini menunjukkan bahawa usaha gigih para ketua kaum di bahagian ini (Sri Aman) bagi menarik minat penduduk untuk menyertai skim sawit SALCRA selama ini adalah berbaloi.

“Ini kerana penyertaan penduduk ke dalam skim penanaman sawit SALCRA sepertimana yang diusahakan oleh para ketua kaum itu sendiri selama ini ternyata berjaya menaiktaraf hidup para peserta menerusi bukti nilai bayaran wang dividen berkenaan,” katanya.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Randau Pemansang Bersama Rakyat anjuran SALCRA bertempat di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini hari ini.

Selain itu beliau juga mengalakkan para penduduk terutama sekali pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Bahagian Sri Aman ini untuk menyertai skim penanaman kelapa sawit yang dikendalikan oleh SALCRA.

“Kerajaan tidak pernah meminggirkan hasrat penduduk yang ingin menyertai skim penanaman sawit SALCRA kerana jika mahu mereka boleh tampil sendiri ke pejabat SALCRA yang berdekatan untuk mendaftar penyertaan diri masing-masing.

“Penyertaan anda (penduduk) amatlah digalakkan kerana ianya merupakan salah usaha oleh pihak kerajaan untuk mempertingkatkan taraf hidup penduduk dari kawasan luar bandar dalam bahagian ini,” katanya.

Justeru beliau menasihatkan para penduduk agar menepis segala dakwaan yang disampaikan oleh pihak tertentu berhubung isu yang berkaitan dengan projek penanaman kelapa sawit ini demi kebaikan diri masing-masing.


Jabu menerusi majlis berkenaan telah menyampaikan wang dividen SALCRA yang mencatatkan nilai keseluruhan berjumlah RM5,042,000 kepada 2,757 peserta dari Estet Batu Kaya, Lemanak dan Memaloi untuk tahun 2008.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, ADUN Kakus, John Sikie Tayai, Pengurus Besar SALCRA, Datu Vasco Sabat Singkang, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari sekitar daerah ini.

Tamat.






No comments:

Post a Comment